Connect with us

Uncategorized

Menteri Kesihatan Pandang Serius Masalah Buli Doktor Muda

Published

on

Kementerian Kesihatan akan mengadakan dialog tertutup dengan doktor muda dan doktor pelatih dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah buli di tempat kerja, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata ia adalah susulan kajian yang dilakukan sebuah forum doktor dalam talian, ‘Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS)’ yang mendapati hampir 80 peratus doktor muda pernah dibuli di tempat kerja.

“Kita harapkan dialog ini akan menjadi saluran alternatif bagi doktor muda membincangkan hal ini, kebajikan merekaharus diberikan keutamaan,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Kajian oleh DOBBS itu turut mendapati 17 peratus daripada responden menyatakan kes buli itu sangat teruk sehingga mereka pernah memikirkan untuk membunuh diri.

Sementara itu, Dzulkefly berkata tindakan tegas juga bakal diambil kepada individu yang terlibat dengan pembulian doktor muda.

“Kita akan kenal pasti individu tersebut dan tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengelak pemangsaan doktor muda ini. Kita perlu mengenal pasti apa realiti sebenar dahulu sebelum langkah seterusnya diambil,” katanya.

– Bernama

 

Kredit: Engku SulwaniMalaysiakini, Bernama

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: