Connect with us

Uncategorized

KDNK Malaysia 2017 catat perkembangan cecah RM1.353 trilion!

Published

on

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia terus berkembang pada 2017 dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga semasa mencapai RM1.353 trilion, meningkat 9.9 peratus daripada RM1.231 trilion pada 2016.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pengembangan KDNK diterajui Lebihan Kendalian Kasar (LKK) yang mencatat RM813.0 bilion (2016: RM732.6 bilion) manakala Pampasan Pekerja (PP) berjumlah RM475.7 bilion, peningkatan 9.6 peratus dari 2016.

Dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini, beliau berkata cukai tolak subsidi ke atas pengeluaran dan import kukuh pada RM64.7 bilion (2016: RM64.4 bilion).

Sementara itu, LKK yang meningkat 11 peratus dari 2016 kekal penyumbang terbesar dalam komponen pendapatan dengan 60.0 peratus (2016: 59.5 peratus) manakala sumbangan PP kepada ekonomi Malaysia mencatatkan 35.2 peratus dan berkembang 9.6 peratus, yang sebahagian besar didorong sektor perkhidmatan dan pembuatan, katanya.

Beliau berkata, cukai tolak subsidi ke atas pengeluaran dan import dengan pertumbuhan marginal 0.5 peratus selepas mencatatkan 15.7 peratus pada 2016, menyumbang 4.8 peratus (2016: 5.2 peratus) kepada keseluruhan pendapatan.

Mohd Uzir berkata, bagi PP, perkhidmatan adalah penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan PP Malaysia dengan menjana 60.0 peratus (2016: 60.7 peratus) manakala sumbangan pembuatan berkembang kepada 23.2 peratus berbanding 22.7 peratus pada 2016. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: