Connect with us

Pendidikan

Cerita di sebalik Jalur Gemilang

Published

on

JALUR Gemilang merupakan bendera rasmi Negaraku Malaysia yang terdiri daripada 14 jalur melintang sama lebar yang mewakili keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerjaan persekutuan.

Jalur yang berwarna merah dan putih melambangkan keberanian dan kesucian negara ini.

Manakala bahagian di atas sebelah kiri yang bermula dari jalur pertama hingga ke jalur kelima berwarna biru tua membawa makna perpaduan antara rakyat Malaysia.

Anak bulan yang terletak dalam bahagian biru tua itu melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Persektuan manakala bintang pecah 14 sebagai tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Anak bulan dan bintang ini berwarna kuning yang mewakili warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Asal usul Jalur Gemilang bermula pada 1949 apabila satu jawatankuasa telah ditubuhkan dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Seramai 373 karyawan menyertai pertandingan mereka bentuk bendera peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Hanya tiga rekabentuk dipilih ke peringkat akhir. Mengambil kira pendapat umum orang ramai, akhirnya keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mailmenunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan arkitek Johor bernama En. Mohamed bin Hamzah.

Setelah 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 tahun 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Jalur membawa erti Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.

Jalur turut menggambarkan satu haluan yang lurus dengan hala tuju yang sama dalam memacu kegemilangan bangsa dan negara.

Manakala Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang yang membawa pengertian bawaha jalur itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa juga bidang kehidupan. – MYNEWSHUB.CC

dunia

Globalisasi dan Fakta Sejarah

Published

on

By

Fakta sejarah amat penting walaupun berada didunia globalisasi

Continue Reading

Global

Menghormati dan Bertolak Ansur

Published

on

By

Bertolak ansur dan menghormati perasaan masing-masing dimana kepelbagaian itu mendapat perpaduan yang sebenar

Continue Reading

dunia

Hak keistimewaan dan Tanggungjawab Kepada Negara

Published

on

By

Memahami hak keistimewaan masing masing menjadi tanggungjawab utama rakyat untuk negara

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: