Connect with us

Kesihatan

Lima ‘Superfood’ tempatan yang anda perlu masukkan dalam diet anda

Published

on

Superfood adalah terma yang digunakan untuk jenis makanan yang sangat tinggi kandungan nutrisinya seperti vitamin, mineral, antioksidan dan pelbagai lagi enzim-enzim sihat. Khasiat yang “hebat” memberinya gelaran “super”, menjadikannya dikenali sebagai “superfood”.

Seringkali apabila kita menyebut tentang superfood, kita akan membayangkan makanan-makanan import seperti Chia seeds, Quinoa, Spirulina  dan sebagainya kerana kita lebih terdedah dengan penjenamaan produk-produk import ini sebagai superfood. Maka sudah pastilah harganya juga tentu lebih mahal!

Kerana itu, di sini kami letakkan senarai lima ‘superfood’ yang datang dari hasil bumi tempatan untuk anda masukkan dalam diet harian anda yang mahu menjaga kesihatan tu!

1. Madu Kelulut

Kredit gambar: Utusan Online

Madu sememangnya diketahui merupakan makanan yang mempunyai banyak khasita, tetapi tahukah anda madu lebah kelulut yang banyak didapati di kawasan luar banda di Malaysia ini dikatakan dua kali ganda khasiatnya jika dibandingkan dengan madu biasa? Madu kelulut yang lebih sukar didapati berbanding madu lebah biasa, namun kandungan propolis yang tinggi dalam madu kelulut menjadikan ia amat baik untuk kulit kita.

Malah khasita madu kelulut dikatakan dapat membantu pesakit-pesakit kencing manis, Strok, Hepatitis hati, darah tinggi dan Batu Karang.

2. Air Kelapa

Kredit gambar: Hellosehat.com

Air kelapa yang mudah didapati di kedai-kedai makan berhampiran rumah anda itu juga ternyata tinggi khasiatnya untuk dinobatkan sebagai salah satu ‘superfood’! Manfaat air kelapa yang banyak untuk tanda dengan khasiat elektrolit yang membantu menyegarkan tubuh.

Karbohidrat mudah dalam air kelapa menjadikan ia mudah  dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit. Walaupun kalori dalam air kelapa sangat rendah, kandungan kaliumnya yang tinggi menjadikan ia minuman olahraga yang baik, malah lebih tinggi jika dibandingkan dengan hidangan empat biji pisang.

3. Tempeh dan Tauhu

Kredit gambar: Maangchi.com

Produk berasaskan kacang soya  yang sangat mudah didapati di kedai-kedai runcit ini juga WAJIB diletakkan dalam senarai diet harian anda, kerana khasiatnya yang pelbagai. Selain kaya dengan protein, tauhu dan tempeh juga mengandungi zat besi dan antioksidan menjadikan ia sangat baik untuk mereka yang menghidap sakit jantung, masalah kekurangan berat badan, menurunkan kadar kolestrol dan juga mencegah jangkitan kuman.

4. Ubi Keledek

Kajian oleh Universiti Harvard menunjukkan Karotenoid, nutrien yang banyak terkandung dalam ubi keledek jika terkandung dalam diet harian seseorang akan merendahkan risiko serangan kanser sebanyak 32 peratus. Selain karotenoid, vitamin B6, vitamin C, magnesium dan pottasium juga membantu mencegah penyakit jantung, memperbaiki sistem imun dan mengawal aktiviti buah pinggang. Walau bagaimanapun, ketika ini pengeluaran ubi keledek di Malaysia belum lagi tinggi, kerana kesukaran ‘menkacuk’ spesis ubi keledek.

5. Lada Hitam

Kredit gambar: DuniaFitnes.com

Ini sudah pasti antara rempah yang ada di semua dapur kita, tak kira jenis masakan di Malaysia. Dek kerana senangnya mendapatkan lada hitam, kita lupa yang sejarah rantau ini juga menunjukkan betapa besarnya manfaat rempah untuk manusia. Selain berfungsi sebagai penambah rasa yang sedap, lada hitam juga membantu proses penghadaman, mencantikkan kulit dan berfungsi sebagai antibakteria semulajadi untuk badan.

Kesihatan

Bosan dirumah? Jom buat senaman Burpees

Published

on

By

Jom buat senaman Burpees untuk kekal aktif di rumah! 7 minit je!

Sumber: MyHEALTH KKM

Continue Reading

covid-19

COVID-19: 110 kes baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 900

Published

on

By

Terkini 15 kes positif #COVID19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Ini menjadikan jumlah sembuh dan discaj sebanyak 75 kes. Terdapat 110 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 900 kes. – KKM Putrajaya

Continue Reading

covid-19

Rakyat Malaysia masih memandang ringan ancaman wabak COVID-19

Published

on

By

Sumber: Facebook

Negara Itali kini mencatatkan jumlah jangkitan kedua tertinggi selepas China kerana rakyatnya yang tidak memandang serius akan penularan wabak tersebut. Penularan COVID-19 di Itali meningkat tiga hingga ke empat kali ganda apabila rakyatnya ingkar dengan arahan ‘lockdown’ negara mereka.

Kini, negara kita bakal berdepan dengan gelombang yang sama jika kita terus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan mulai semalam.

Sumber : Whatsapp
Sumber : Facebook

Melihatkan segelintir masyarakat yang masih degil, meluangkan masa bersarapan dan makan malam di gerai dan juga restoran amat dikhuatiri usaha pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan menjadi sia-sia dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber: Facebook KKM

Kenyataan di atas telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di laman Facebooknya. Jumlah kes keseluruhan setakat semalam telah mencecah 790 kes. Jika rakyat Malaysia terus ingkar pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan, tidak mustahil angka ini akan terus meningkat.

Bukan mudah untuk kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara kita. Kerajaan telah berkorban untuk kita rakyat Malaysia melalui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Oleh itu, kita semua perlu memberikan kerjasama.

Ekonomi boleh dibaik pulih, tetapi nyawa takkan kembali. Marilah kita sama-sama membantu negara menghentikan menularan wabak COVID-19 ini dari terus tersebar.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: