Connect with us

Uncategorized

Hari Ini Dalam Sejarah: Serangan pertama Portugis ke atas Kota Melaka pada 25 Julai 1511

Published

on

Pada hari ini dalam tahun 1511, Kota Melaka telah diserang oleh askar-askar Portugis yang diketuai oleh ‘Singa Lautan’, Komander Afonso D’Albuquerque. Serangan yang dilancarkan oleh askar-askar Portugis ini merupakan serangan yang pertama ke atas Melaka ekoran tindakan pemerintah Melaka, Sultan Mahmud yang mengarahkan penangkapan Laksamana dan wakil dagang Portugis, Lopes De Sequeira.

Misi Lopez De Sequeira merupakan utusan rasmi pertama Raja Portugal dan satu usaha paling jauh merentas lautan dari barat ke timur, sebahagian daripada misi memperluaskan empayar Portugis melalui perdagangan dan penyebaran agama Kristian dengan moto Gold, Gospel and Glory.

Tindakan terburu-buru Sultan Mahmud ketika itu menangkap De Sequeira adalah kerana dipengaruhi oleh pedagang Moor-Islam yang sebelum itu telah pun berkonflik dengan Portugis semasa di Semenanjung Iberia di Eropah, dan kemudian berebut penguasaan perdagangan rempah dunia.

Askar-askar Portugis telah melancarkan serangan pada waktu subuh hari ini pada hari St. James, dengan menaiki beberapa buah perahu sebelum mendarat di bahagian utara dan selatan bandar Melaka. Perahu-perahu yang membawa askar-askar Portugis telah dibedil dengan meriam dari darat oleh orang-orang Melayu, diketuai oleh Sultan Mahmud dan putera baginda Raja Ahmad.

Setelah bertempur beberapa jam lamanya ramai askar-askar kedua belah pihak terbunuh dan orang-orang portugis telah mencapai objektifnya untuk menawan jambatan dekat dengan Kuala Sungai Melaka. Bagi orang-orang Melayu banyak rumah-rumah dan harta benda telah musnah, dan yang paling penting ialah Istana Sultan Melaka yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Melayu yang telah turut juga musnah.

Meskipun penangkapan De Sequeira boleh dianggap sebagai punca Portugis menyerang Kota Melaka, tetapi ketika itu Komander D’Albuquerque yang baru menakluki Goa, mendapati bukan India yang boleh memberi kekayaan kepada mereka, tetapi sebaliknya Asia Tenggara. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Eropah dan perdagangan rempah dunia.

 

.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: