Connect with us

Uncategorized

Sime Darby Property Dapat Pengerusi Baharu!

Published

on

KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Bhd melantik bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.

Zeti yang kini memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada 30 Jun, 2018.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan menyebut kehadiran  Zeti memperkukuh komitmen PNB ke atas bekas gabenor itu serta perjalanan transformasinya.

“Kami berharap dapat bekerja di bawah kepimpinan Zeti dalam memajukan syarikat pada masa hadapan dan merealisasikan nilai kepada pihak berkepentingan,” katanya.

Syarikat itu turut melantik Datin Norazah Mohamed Razali sebagai pengerusi baharu jawatankuasa pencalonan dan pengiraan, menggantikan Datuk Rohana Mahmood yang meletak jawatan pada 30 Jun, 2018. – Bernama

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: