Connect with us

Uncategorized

Harga rumah mungkin turun selepas SST dilaksanakan?

Published

on

Beliau berkata secara teorinya harga rumah akan turun jika SST dilaksanakan berbanding ketika GST diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini.

Raja Bahrin berkata, berbanding dengan GST cukai dikenakan terhadap semua komponen barang binaan seperti kayu, besi dan sebagainya dan ini memang menyumbang kepada kenaikan harga rumah.

KUALA TERENGGANU: Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dijangka tidak akan memberi banyak kesan terhadap harga rumah di negara ini, kata Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah.

Beliau berkata secara teorinya harga rumah akan turun jika SST dilaksanakan berbanding ketika cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Di peringkat awal ini mungkin kita belum boleh kesan impak pelaksanaan SST terhadap harga rumah.. .tetapi secara teori harga rumah akan turun.

“Berbanding dengan GST, cukai dikenakan terhadap semua komponen barang binaan seperti kayu, besi dan sebagainya dan ini memang menyumbang kepada kenaikan harga rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis kesyukuran dan doa selamat atas pelantikan sebagai senator dan timbalan menteri di kediamannya di Batu Buruk, di sini, semalam.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sidang media di bangunan Parlimen semalam berkata Kementerian Kewangan mengakui pelaksanaan SST iaitu cukai jualan sebanyak 10% peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan membebankan pengguna, tetapi kesannya hanya separuh berbanding GST.

Beliau berkata, SST merupakan cukai seperingkat yang dikenakan ke atas pengilang dan bukannya pengguna, manakala GST adalah cukai pelbagai peringkat yang terpaksa dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rantaian bekalan.

Raja Bahrin yang juga pengerusi Parti Amanah Negara Terengganu berkata pihaknya mohon bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga rumah di Terengganu berpatutan dengan pendapatan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata langkah itu perlu memandangkan rumah yang agak terhad serta harga pasaran yang tinggi dan di luar kemampuan rakyat Terengganu yang rata-rata mempunyai pendapatan isi rumah terendah di negara ini.

“Mungkin kita boleh letak harga rumah mampu milik dalam RM50,000 hingga RM70,000.. itu pun sudah cukup tinggi dan di luar kemampuan mereka kerana pendapatan yang tidak seberapa … kerana peluang kerja sangat terhad di sini berbanding di Pantai Barat” katanya.

 

Kredit: Free Malaysia Today

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: