Connect with us

Uncategorized

Dasar Perumahan Negara Baharu bakal mudahkan proses pemilikan rumah!

Published

on

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata polisi akan diubah bagi membantu memudahkan proses pinjaman dan perundangan.

Zuraida Kamaruddin berkata projek perumahan PR1MA, PPA1M, SPNB dan Rumawip akan diletakkan di bawah kementeriannya Ogos ini.

PUTRAJAYA: Dasar Perumahan Negara yang baharu bertujuan memudahkan pemilikan rumah oleh rakyat akan diperkenalkan akhir tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata melalui dasar baharu itu, polisi yang akan diubah akan membantu memudahkan proses pinjaman dan perundangan untuk rakyat memiliki kediaman sendiri.

Kementerian mengadakan pertemuan bagi berbincang dengan Bank Negara, Kementerian Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bank-bank, persatuan pemaju dan persatuan pembeli bagi merumuskan dasar baharu itu.

“Matlamat kerajaan adalah untuk memudahkan pemilikan harga rumah dengan perubahan polisi-polisi berkaitan, perundangan, pembiayaan dan konsep-konsep rumah,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek perumahan penjawat awam, Pudina di Presint 17 hari ini.

Zuraida juga memaklumkan semua projek perumahan rakyat seperti PR1MA, PPA1M, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) akan diletakkan di bawah kementeriannya Ogos ini.

“Buat masa ini, projek berkenaan diuruskan oleh beberapa kementerian dan agensi yang berlainan,” katanya.

Mengulas sama ada beberapa harga bahan seperti simen dan batu bata akan lebih murah selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), Zuraida berkata adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat harga rumah turun apabila adanya penjimatan kos.

Akta SST yang bakal dilaksanakan 1 September ini mencadangkan cukai jualan ditetapkan 10% dan cukai perkhidmatan 6%.

 

Kredit: Free Malaysia Today

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: