Connect with us

Uncategorized

5 ‘dessert’ yang patut anda cuba hujung minggu ini!

Published

on

Amaran: Kebarangkalian untuk para pembaca lapar ketika membaca artikel ini adalah tinggi.

1. Salted Caramel & Choc – Cake Jalan Tiung

Kepada peminat-peminat chocolate dan caramel, Cake Jalan Tiung atau CJT terkenal dengan keknya yang moist dan tidak kedekut dengan sos salted caramel. Bayangkan keenakan dan kombinasi kek ini! Jika anda peminat tegar salted caramel, ini tentunya ‘dessert’ untuk anda!

Alamat: 31M Jln Tg Ampuan Zabedah J 9/J Seksyen 9, Shah Alam
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 7 malam (Rabu – Ahad) | Tutup setiap Isnin & Selasa

2. Elderberry with Elderflower Espuma dan Cranberry Pudding Yogurt  – Kakigori

Untuk peminat ‘dessert’ Jepun, hidangan ais kisar yang popular ini boleh didapati di Kakigori! Kegemaran admin termasuklah Elderberry kakigori, di mana ais kisar ini mempunyai perisa masam manis yang begitu sedap. Paling best ialah cranberry pudding yogurt yang menjadi topping ais kisar ini.

Alamat: 25, Jalan 20/13, Taman Paramount, Petaling Jaya

Waktu operasi: 2 petang – 11 malam (Isnin – Jumaat) | 1 petang – 11 malam (Sabtu & Ahad)

3. Kek Victoria Span  – Jaslyn Cakes

Fat slices of fluffy victoria sponge!

A post shared by Jaslyn Cakes (@jaslyncakes) on

Kedai Jaslyn Cakes dipenuhi kek-kek dan ‘dessert’ yang pelbagai variasinya. Tapi, admin amat berkenan dengan kek victoria span di kedai ini! Dengan jem dan krimnya yang tidak kedekut malah awesome, terliur admin menulis artikel ini. Kek ini sesuai dikongsi bersama rakan-rakan, kerana saiznya yang begitu lumayan.

Alamat: 7A, 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11 tengah hari – 7 petang (Selasa – Jumaat) | 11 tengah hari – 10 malam (Sabtu & Ahad)

3. Kek Cawan Mermaid – Wondermilk

Kek cawan atau cupcake yang sedap dan comel boleh didapatkan di kedai Wondermilk. Dengan perisanya yang unik, dan tekstur kek yang lembut, Wondermilk sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan kerana hiasan dalamannya yang cantik dan santai serta persekitaran yang sangat ala-ala Instagram!

Alamat: 37, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Isnin – Ahad)

4. Kek Keju – VCR Bangsar

Kek Keju. ‘Dessert’ yang simple, namun tidak semua mampu menghasilkan kek keju yang empuk, moist dan yang penting….. tidak muak! Namun, admin boleh janji yang kek keju di VCR mencapai semua kriteria tersebut! Sepinggan kek keju dan secawan kopi cappucino merupakan pairing yang sesuai buat makan petang pada hujung minggu ini.

Alamat: 31, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.30 pagi – 11 malam (Isnin – Ahad)

5. Waffles dan Ais Krim – Kaffe Kop

Kepada peminat tegar waffle, Kaffe Kop di SACC Shah Alam, merupakan tempat yang patut anda pergi! Dengan ais krim vanilla, sirap madu dan buah-buahan sebagai topping, anda tentu akan puas hati dengan dessert ini.

Alamat: Lot 2F-01, 2nd Floor, SACC Mall, Jalan Perbadanan 14/9,, Seksyen 14, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 11 pagi – 7.30 petang (Sabtu – Ahad)| 11.30 pagi – 7 petang (Isnin – Rabu)| 11.30 pagi – 7.30 petang (Khamis)| 3 petang – 7.3o petang (Jumaat)

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: