Connect with us

Uncategorized

Sanggup redah 30 jam demi bantu OKU! #Hero #Tabik

Published

on

Wah! Ternyata negara kita masih ada insan-insan yang berjiwa murni, sanggup mengerah keringat demi membantu mereka yang memerlukan. Ini dibuktikan dengan tindakan #hero di Sarawak, Sebuti Juni, 43, yang sanggup meredah perjalanan berseorangan selama 30 jam untuk membantu orang kurang upaya.

Artikel asal dibawah:

MUKAH: Seorang jurutera kapal sanggup menempuh perjalanan solo lebih 30 jam semata-mata mahu melakukan kerja amal membantu orang kurang upaya (OKU) di Pulau Bruit, di sini.

Sebuti Juni, 43, memulakan perjalanannya dari Sarikei, kelmarin, sebelum singgah di beberapa kampung termasuk Bruit, Penyibong, Tekajong, Penyipah dan Salah Kechil, semalam.

Berasal dari Kampung Betanak, Sebuti berkata, beliau akan meneruskan kembara menemui OKU, minggu depan, dengan memfokuskan kunjungan ke beberapa lagi kampung di selatan Pulau Bruit seperti Semop, Saai dan Kut.

“Saya ingin berjumpa dengan sekurang-kurangnya 80 OKU di Pulau Bruit. Nama-nama mereka diletakkan dalam senarai khas sebelum diraikan dalam satu majlis istimewa di Kampung Betanak, pada 18 Ogos nanti,” katanya kepada NSTP.

Sebuti berkata, beliau kini bercuti menggunakan masa lapangnya melakukan kerja amal secara sukarela.

Biarpun terpaksa menempuh pelbagai halangan sepanjang perjalanan, beliau mengakui gembira melakukan pekerjaan itu dengan lapang dada.

“Dalam perjalanan pulang dari Kampung Betanak, petang semalam, saya mengambil masa berjam-jam kerana terpaksa memandu perlahan apabila satu tayar kereta pecah dan natnya pula patah.

“Lebih memeritkan, kawasan ini tidak mempunyai bengkel kereta. Namun saya bersyukur kerana selamat tiba di rumah pada jam 5 petang,” katanya.

Mengenai majlis yang bakal dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Kampung Betanak itu, Sebuti berkata, program ‘Sehariku Simpul Kasih’ diadakan dengan kerjasama Persatuan Insan Istimewa Daro dan Matu (IDAM).

Katanya, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program sehari itu, antaranya lawatan ke rumah OKU terlantar, senamrobik, ceramah motivasi, taklimat kesedaran hak OKU dan mereka juga akan diraikan dalam majlis malam mesra.

“Program yang jarang diadakan ini adalah satu cara untuk kita mendekati OKU dan memastikan mereka tidak berasa terpinggir.

“Bagaimanapun, kita juga masih memerlukan sumbangan derma bagi menjayakan penganjuran ini. Mereka yang ingin menderma boleh menyalurkannya ke akaun Agro Bank 1006 7820 0000 4270 atas nama Kelab Bola Sepak Betanak,” katanya.

Sebuti sebelum ini pernah mengadakan penjelajahan sama sambil menyumbang 10 kerusi roda dan dua alat pendengaran kepada OKU.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: