Connect with us

Uncategorized

Kebajikan Pengguna Malaysia Semakin Hebat!

Kebajikan Pengguna Malaysia Semakin Hebat!

Published

on

IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari

KUALA LUMPUR: IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa ini kepada 365 hari bagi memberikan pelanggan lebih banyak masa untuk menukar atau memulangkan barangan selepas pembelian.

Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.

Polisi pemulangan selama 365 hari yang baharu itu akan membolehkan pelanggan IKEA mendapat ruang lebih lama untuk membuat keputusan yang tepat bagi rumah mereka. Fleksibiliti ini bertujuan memberikan pengalaman membeli belah yang menggembirakan dan kurang tekanan.

“Zaman digital hari ini, dengan pelanggan mendapat banyak maklumat, kami perlu lebih proaktif menilai semula polisi sedia ada dalam memastikan ia memberikan pengalaman yang positif.

“Pada penghujung hari, kami ingin menyediakan pelanggan kami perjalanan yang terbaik di IKEA dan polisi pemulangan baharu kami ini adalah satu langkah ke arah itu,” kata Timbalan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Mike King, dalam satu kenyataan hari ini.

IKEA Malaysia adalah peruncit barangan hiasan rumah pertama memperkenalkan polisi pemulangan 365 hari untuk semua pelanggan mereka di sini.

Resit asal diperlukan untuk tujuan ini dan bayaran balik akan diproses sama seperti kaedah pembayaran. Bagaimanapun, pengecualian adalah terhadap barangan seperti peralatan tempat tidur yang sudah digunakan, tumbuh-tumbuhan, barangan yang ditempah mengikut spesifikasi dan barangan yang dibeli di rak pameran sedia ada, antaranya.

Untuk maklumat lanjut mengenai polisi penukaran dan pemulangan, sila rujuk IKEA.my/returnpolicy.

Kredit: BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: