Connect with us

Perniagaan

Kastam: Pembelian kereta akan dikecualikan GST, tidak akan naik harga

Published

on

Sebelum ini dilaporkan orang ramai berpusu-pusu membeli kereta kerana harga kereta dijangka akan naik dengan pengenalan cukai SST September ini. Kredit gambar: Sinar Harian

Pengguna akan terus menikmati Harga kereta yang lebih rendah kerana ketiadaan cukai kepenggunaan dijangka akan berterusan kerana kenderaan penumpang akan dikecualikan cukai mengikut sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan September ini.

Menurutmenurut laporan Malaysiakini, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk T Subromaniam mengatakan yang kenderaan bermotor penumpang adalah antara barangan dalam senarai yang dikecualikan daripada SST.

Pengecualian ini merangkumi kereta sedan, pacuan empat roda, station wagon dan malah juga kereta lumba.

Malah, senarai pengecualian SST juga membabitkan pelbagai bahagian alat ganti kereta, seperti aksesori, pam bahan api dan injap.

Sebelum ini, ada yang tergesa-gesa untuk membeli kereta baru berikutan penarafan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai Jun lalu sebelum SST berkuatkuasa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekonomi

Jangan Malu Kelihatan Miskin, Tapi Malulah Sekiranya Berpura-pura Kaya

Jangan malu kelihatan miskin.

Published

on

By

Jangan malu kelihatan miskin

Mampu membeli bukan bermaksud kita harus membeli. Beberapa kali kawan-kawan isteri saya menawarkan beg dan baju-baju mahal. Isteri saya hanya tersenyum dan menggeleng. “Beg dan baju saya masih elok dan belum rosak, dan barang-barang itu terlalu mahal buat saya” kata isteri saya. Dan isteri saya tidak malu kelihatan miskin.

Saya biasanya makan di warung rojak di kota Bandung kalau mebeli barang-barang untuk perniagaan saya dan sering berbual dengan salah seorang penjaga tempat lempat kereta di sana sehingga dia kenal dengan saya.

Pada tahun 2005, saya adalah seorang perunding kewangan untk projek Bank Dunia dan saya mulai merancang untuk membuka perniagaan dengan kawan saya. Tiada orang yang peduli dengan status profesi saya pada waktu itu. Mereka hanya tahu saya memandu lori kecil dan kadang-kadang menggunakan pengangkutan awam. Ramai orang yang menganggap saya bekerja sebagai seorang pemandu. Dan saya tidak malu kelihatan miskin.

Jangan merasa malu kelihatan miskin, tapi malulah jika kita berpura-pura kaya.

Salah satu modal untuk menjadi usahawan adalah jangan malu terlihat miskin. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai jawatan yang baik di sebuah bank. Dia sering bergurau ingin meletakkan jawatan dan menjadi seorang usahawan tapi lapan tahun sudah berlalu dan dia masih bekerja di bank itu, walaupun gurauannya masih tetap sama. Ini disebabkan dia tidak mahu melangkah keluar dari zon selesanya. Untuk menjadi usahawan kita akan banyak berkira dan itu akan membuat kita kelihatan miskin dan susah.

Menjadi seorang usahawan itu kadang-kadang kita harus tebal muka, tebal hati, dan tebal tekad. Rumusan mudah untuk menjadi usahawan adalah membeli lebih murah dan menjual lebih mahal. Ramai di antara kita sering menggunakan alasan menunggu modal apabila ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan. Padahal rumusan itu sangat mudah, kita lah yang sering membuatnya rumit.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman bin Auf, dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Sa’ad bin Rabi’. Sa’ad kemudian menawarkan separuh hartanya kepada Abdurrahman bin auf sebagai perwujudan rasa cinta terhadap saudar barunya. Namun beliau menolak dan hanya meminta ditunjukkan jalan ke pasar untuk memulakan perniagaan.

Jadi, modal bukanlah alasan untuk menjadi usahawan. Dan janganlah malu kelihatan miskin, tapi malulah ketika kita berpura-pura kaya. Sayang sekali, terlihat lebih ramai yang berpura-pura kaya.

– Gambar Yang Digunakan Sekadar Hiasan –

Sumber: thecoverage

Continue Reading

Ekonomi

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Diumumkan Dalam Belanjawan 2019

Terdapat banyak bantuan kerajaan untuk rakyat pada tahun 2019.

Published

on

By

Bantuan dalam Belanjawan 2019

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang telah pun diumumkan ketika sesi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu.

Insentif ini lebih memfokuskan golongan sasar / golongan B40 — iaitu mereka yang berpendapatan RM3,860 sebulan ke bawah.

BANTUAN SARA HIDUP

Bantuan Sara Hidup

Umum sedia maklum kerajaan di bawah Pakatan Harapan telah memansuhkan pemberian BR1M dan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kini terdapat empat kategori penerima BSH iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  2. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
  4. Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada 4 orang, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.

DANA RUMAH MAMPU MILIK

Rumah mampu milik

Sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan melalui Dana Rumah Mampu Milik bagi membantu golongan yang memiliki pendapatan RM2,300 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah pertama melalui pembelian rumah mampu milik berharga RM150,000 dan ke bawah.

Dana ini akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk memohon dana tersebut, sila rujuk artikel Dana Rumah Mampu Milik BNM.

SUBSIDI ELEKTRIK

Subsidi elektrik

Jika sebelum ini kadar subsidi bil elektrik isi rumah yang ditetapkan pada RM20 kini kadar tersebut dinaikkan kepada RM40.

Namun, subsidi ini hanya akan disalurkan khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah program e-Kasih.

DANA PERLINDUNGAN KESIHATAN

Dana perlindungan kesihatan

Melalui dana perlindungan kesihatan, golongan B40 bakal menikmati perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.

Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi Human papilloma virus (HPV) dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan.

SUBSIDI MINYAK BERSASAR

Subsidi minyak bersasar

Mekanisme subsidi minyak bersasar membolehkan pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Namun ianya hanya terhad kepada kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Buat masa sekarang belum ada sebarang maklumat bagaimana mekanisme ini akan dilaksanakan. Cuma terdapat beberapa cadangan agar ianya dilakukan melalui pemberian kad khas.

LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN

Bantuan kerajaan

Selain daripada bantuan kerajaan di atas, terdapat beberapa bantuan lain yang disediakan untuk rakyat Malaysia menjelang tahun baru 2019.

Antara yang menarik — bantuan RM100 pas bulanan pengangkutan awam + RM50 pas bulanan bas.

Anda yang berminat boleh mohon bantuan tersebut bermula Disember depan.

Continue Reading

dunia

Kegagalan Adalah Satu Pilihan

Published

on

Di sini, kegagalan adalh satu pilihan. Sekiranya ada perkara tidak gagal, anda tidak cukup berinovasi.

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh