Connect with us

Perniagaan

Bursa Malaysia ditutup tinggi! Tahniah Malaysia!

Tapi Kenapa Ya?

Published

on

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi lapan hari berturut-turut hari ini dengan peningkatan dalam keseluruhan papan kecuali kaunter perlombongan, susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), malam tadi yang membawa sentimen positif ke seluruh pasaran, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup di paras tertinggi hariannya pada 1,753.07, naik 15.79 mata daripada paras penutup 1,737.28 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itu bergerak antara paras 1,730.38 dan 1,753.07 sepanjang hari dagangan.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata awal hari ini, jaminan Pengerusi Fed, Jerome Powell, untuk mengambil pendekatan perlahan-lahan dalam menaikkan kadar faedah adalah berita positif bagi pasaran.

“Ini akan menyediakan lebih banyak masa bagi ekonomi untuk menyesuaikan dengan persekitaran kadar faedah tinggi yang bermula sejak kenaikan kadar pertama pada Disember 2015.

“Selain itu, data pertumbuhan Indeks Harga Pengguna yang lebih rendah daripada dijangkakan pada 0.8 peratus membayangkan pendapatan boleh guna pengguna Malaysia semakin bertambah baik susulan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang berkadar sifar bermula 1 Jun,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, risiko yang timbul daripada ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China masih belum diketahui dan perkembangannya akan dipantau dengan rapat oleh pasaran.

Di dalam negara, suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 594 berbanding 295, 423 kaunter tidak berubah, 599 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.63 bilion unit bernilai RM2.17 bilion, daripada 2.33 bilion unit bernilai RM2.14 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM9.60, Public Bank dan Tenaga meningkat 10 sen setiap satu masing-masing kepada RM23.70 and RM14.88, manakala Petronas Chemicals menokok lima sen kepada RM8.85 dan CIMB menambah 18 sen kepada RM5.85.

Dalam kalangan kaunter cergas, syarikat yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia, Revenue Group, meningkat 25.5 sen kepada 62.5 sen, Priceworth naik 1.5 sen kepada sembilan sen, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 60 sen, manakala APFT turun dengan kauntum yang sama kepada 2.5 sen dan Key Asic tidak berubah pada 21.5 sen.

DanaInfra Nasional menerajui senarai kaunter untung hari ini, naik 90 sen kepada RM101.50, manakala PMB Technology merupakan kaunter rugi terbesar, jatuh 37 sen kepada RM2.95.

Indeks FBM Emas meningkat 116.26 mata kepada 12,376.22, FBM70 naik 166.83 mata kepada 15,123.64, Indeks FBMT100 menambah 115.85 mata kepada 12,178.73,

Indeks FBM Emas Shariah menokok 117.31 mata kepada 12,467.07, Indeks FBM Ace naik 70.91 mata kepada 5,407.57 dan Indeks Permodalan Kecil FTSE Bursa Malaysia meningkat 105.6 mata kepada 14,254.14.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 116.23 mata kepada 17,250.24, Indeks Perusahaan naik 10.45 mata kepada 3,210.18, dan Indeks Perladangan menokok 45.34 mata kepada 7,492.84.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.46 bilion saham bernilai RM1.81 bilion daripada 1.47 bilion saham bernilai RM1.9 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 538.64 juta unit bernilai RM144.11 juta berbanding 505.99 juta unit bernilai RM152.91 juta pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 625.77 juta saham bernilai RM213.29 juta, daripada 350.17 juta saham bernilai RM85.23 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 49.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (316.28 juta), pembinaan (93.76 juta), perdagangan dan perkhidmatan (669.49 juta), teknologi (118.68 juta), prasarana (22.73 juta), SPAC (12.88 juta), kewangan (60.37 juta), hotel (9.41 juta), hartanah (91.49 juta), perladangan (16.45 juta), perlombongan (10,500), REIT (5.26 juta) dan dana tertutup (143,900). – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ekonomi

Jangan Malu Kelihatan Miskin, Tapi Malulah Sekiranya Berpura-pura Kaya

Jangan malu kelihatan miskin.

Published

on

By

Jangan malu kelihatan miskin

Mampu membeli bukan bermaksud kita harus membeli. Beberapa kali kawan-kawan isteri saya menawarkan beg dan baju-baju mahal. Isteri saya hanya tersenyum dan menggeleng. “Beg dan baju saya masih elok dan belum rosak, dan barang-barang itu terlalu mahal buat saya” kata isteri saya. Dan isteri saya tidak malu kelihatan miskin.

Saya biasanya makan di warung rojak di kota Bandung kalau mebeli barang-barang untuk perniagaan saya dan sering berbual dengan salah seorang penjaga tempat lempat kereta di sana sehingga dia kenal dengan saya.

Pada tahun 2005, saya adalah seorang perunding kewangan untk projek Bank Dunia dan saya mulai merancang untuk membuka perniagaan dengan kawan saya. Tiada orang yang peduli dengan status profesi saya pada waktu itu. Mereka hanya tahu saya memandu lori kecil dan kadang-kadang menggunakan pengangkutan awam. Ramai orang yang menganggap saya bekerja sebagai seorang pemandu. Dan saya tidak malu kelihatan miskin.

Jangan merasa malu kelihatan miskin, tapi malulah jika kita berpura-pura kaya.

Salah satu modal untuk menjadi usahawan adalah jangan malu terlihat miskin. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai jawatan yang baik di sebuah bank. Dia sering bergurau ingin meletakkan jawatan dan menjadi seorang usahawan tapi lapan tahun sudah berlalu dan dia masih bekerja di bank itu, walaupun gurauannya masih tetap sama. Ini disebabkan dia tidak mahu melangkah keluar dari zon selesanya. Untuk menjadi usahawan kita akan banyak berkira dan itu akan membuat kita kelihatan miskin dan susah.

Menjadi seorang usahawan itu kadang-kadang kita harus tebal muka, tebal hati, dan tebal tekad. Rumusan mudah untuk menjadi usahawan adalah membeli lebih murah dan menjual lebih mahal. Ramai di antara kita sering menggunakan alasan menunggu modal apabila ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan. Padahal rumusan itu sangat mudah, kita lah yang sering membuatnya rumit.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman bin Auf, dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Sa’ad bin Rabi’. Sa’ad kemudian menawarkan separuh hartanya kepada Abdurrahman bin auf sebagai perwujudan rasa cinta terhadap saudar barunya. Namun beliau menolak dan hanya meminta ditunjukkan jalan ke pasar untuk memulakan perniagaan.

Jadi, modal bukanlah alasan untuk menjadi usahawan. Dan janganlah malu kelihatan miskin, tapi malulah ketika kita berpura-pura kaya. Sayang sekali, terlihat lebih ramai yang berpura-pura kaya.

– Gambar Yang Digunakan Sekadar Hiasan –

Sumber: thecoverage

Continue Reading

Ekonomi

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Diumumkan Dalam Belanjawan 2019

Terdapat banyak bantuan kerajaan untuk rakyat pada tahun 2019.

Published

on

By

Bantuan dalam Belanjawan 2019

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang telah pun diumumkan ketika sesi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu.

Insentif ini lebih memfokuskan golongan sasar / golongan B40 — iaitu mereka yang berpendapatan RM3,860 sebulan ke bawah.

BANTUAN SARA HIDUP

Bantuan Sara Hidup

Umum sedia maklum kerajaan di bawah Pakatan Harapan telah memansuhkan pemberian BR1M dan digantikan dengan Bantuan Sara Hidup yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kini terdapat empat kategori penerima BSH iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  2. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
  4. Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada 4 orang, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.

DANA RUMAH MAMPU MILIK

Rumah mampu milik

Sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan melalui Dana Rumah Mampu Milik bagi membantu golongan yang memiliki pendapatan RM2,300 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah pertama melalui pembelian rumah mampu milik berharga RM150,000 dan ke bawah.

Dana ini akan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk memohon dana tersebut, sila rujuk artikel Dana Rumah Mampu Milik BNM.

SUBSIDI ELEKTRIK

Subsidi elektrik

Jika sebelum ini kadar subsidi bil elektrik isi rumah yang ditetapkan pada RM20 kini kadar tersebut dinaikkan kepada RM40.

Namun, subsidi ini hanya akan disalurkan khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah program e-Kasih.

DANA PERLINDUNGAN KESIHATAN

Dana perlindungan kesihatan

Melalui dana perlindungan kesihatan, golongan B40 bakal menikmati perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun.

Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi Human papilloma virus (HPV) dan ujian saringan pap smear di hospital dan klinik kerajaan.

SUBSIDI MINYAK BERSASAR

Subsidi minyak bersasar

Mekanisme subsidi minyak bersasar membolehkan pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Namun ianya hanya terhad kepada kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Buat masa sekarang belum ada sebarang maklumat bagaimana mekanisme ini akan dilaksanakan. Cuma terdapat beberapa cadangan agar ianya dilakukan melalui pemberian kad khas.

LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN

Bantuan kerajaan

Selain daripada bantuan kerajaan di atas, terdapat beberapa bantuan lain yang disediakan untuk rakyat Malaysia menjelang tahun baru 2019.

Antara yang menarik — bantuan RM100 pas bulanan pengangkutan awam + RM50 pas bulanan bas.

Anda yang berminat boleh mohon bantuan tersebut bermula Disember depan.

Continue Reading

dunia

Kegagalan Adalah Satu Pilihan

Published

on

Di sini, kegagalan adalh satu pilihan. Sekiranya ada perkara tidak gagal, anda tidak cukup berinovasi.

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh