Connect with us

Selepas 30 tahun berjasa, Imuda akhirnya dianugerah darjah kebesaran Pulau Pinang

Published

on

Kredit gambar: Utusan Online

Kartunis dan pelakon terkenal tanahair, Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda telah dikurniakan Darjah Johan Negeri (DJN) n bersempena dengan sambutan hari kelahiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, semalam.

Imuda, 58, yang telah berkecimpung dalam lapangan seni sejak lebih 30 tahun amat bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepadanya.

“Ini satu pembakar semangat kerana saya sentiasa melakukan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.”

“Perjalanan dalam industri ini ada turun naiknya, namun sekurang-kurangnya kini saya tahu apa yang saya usahakan dahulu dihargai.”

Anak seni yang versatil bakatnya ini memulakan kariernya sebagai pelukis. Sejurus tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 1978, beliau bekerja di United Books Company, di Pulau Pinang  sebagai pelukis ilustrasi  majalah kanak-kanak dan pembaca pruf di syarikat tersebut.

Imuda turut menyumbang karya-karya kartunnya ke Majalah Gila-Gila yang mula menjadi fenomena di pasaran pada lewat 1970-an.

Kartun Imuda yang popular ketika era itu, Mat Gelap yang berkisarkan penyiasat persendirian juga pernah dianimasikan dalam bentuk filem.

Selain daripada melukis, Imuda juga amat dikenali dengan karakter ‘Syed Al-Budin’ atau ‘Budin’ dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu –   seorang penganggur yang banyak menghabiskan masa di warung dan menyara hidup dengan mengumpul barangan kitar semula. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Sitkom mengisahkan hidup masyarakat Flat Seri Wangi yang dari golongan berpendapatan rendah namun sering berusaha untuk mengubah nasib menjadi lebih baik.

Sitkom yang dilihamkan dari kisah masyarakat setinggan yang baru berpindah ke bandar ini menjadi fenomena satu ketika dahulu kerana kisahnya yang dekat di hati rakyat. Kredit gambar: Babab.net

covid-19

RayaCovid19: Ingkar PKPB? Belum tentu anda terlepas.

Published

on

Lebuhraya-lebuhraya utama telah pun sesak dengan kebanjiran kenderaan yang berpusu-pusu mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman sejak 2-3 hari yang lalu.

Walaupun para Menteri berulang kali menegaskan kebenaran merentas negeri hanya tertakluk kepada kes-kes kecemasan dan perlu mendapatkan kebenaran pihak berwajib, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk mengingkari arahan yang dikeluarkan ini.

Beribu kenderaan cuba untuk melepas sekatan jalan raya di kawasan Nilai. Kredit foto: Berita Harian.

Ada juga di antara mereka yang dengan bangga menayangkan di laman sosial masing-masing, kehebatan mereka menggunakan kabel untuk merentas negeri. Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan netizen yang begitu bangga mempamerkan ‘kuasa’ untuk melepasi sekatan yang telah ditetapkan.

Rata-rata netizen berang dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kredit foto: Meh Baca

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan pihak Polis untuk tidak lagi membenarkan rakyat merentas negeri sepanjang PKPB dijalankan. Kompaun akan dikenakan serta merta dan mereka akan diarahkan untuk berpatah balik ke tempat asal.

Ini bertujuan mengelakkan mereka yang berasal daripada zon merah menyebarkan virus Covid-19 ke kawasan yang hijau. Pihak polis juga akan mengadakan lawatan mengejut ke rumah yang disyaki mempunyai mereka yang ingkar pada perintah ini.

Dimanakah letaknya sensitiviti rakyat dalam mematuhi larangan merentas negeri? Adakah mereka lebih mementingkan kemeriahan sambutan hari raya berbanding keselamatan ibu ayah dan kaum keluarga di kampung halaman? Seberapa pastikah anda bukanlah pembawa virus secara senyap?

#BerayaDenganSelamat #KitaJagaKita

Continue Reading

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Politik

Wajarkah ‘permainan politik diteruskan’ tatkala negara dilanda krisis Covid-19

Published

on

By

Kredit foto: Berita Harian

Rentetan daripada wabak COVID-19 yang menular diseluruh dunia termasuk Malaysia, telah memberi impak yang besar kepada negara. Satu-satunya cara untuk memutuskan rantaian wabak ini adalah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP telah dikuatkuasa sejak 18 Mac 2020 dan PKP bersyarat akan bersambung sehingga 9 Jun 2020.

Akibat dari pelaksanaan PKP tersebut, Malaysia telah dilanda pelbagai krisis; ekonomi negara mengalami kerugian besar mengakibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada Mac lalu, direkodkan sehingga 600,000 rakyat Malaysia sudah mula menganggur yang merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Kredit foto: Sinar Harian

Lebih membimbangkan lagi, jumlah pengangguran itu dijangka akan meningkat kepada 2.4 juta orang seperti yang dianggarkan oleh Malaysian Institute for Economic Research (MIER).

kredit video: FB Aznil hj nawawi

Sayu, suami isteri hilang pekerjaan, mengharapkan rezeki menjadi ‘runner’ membantu orang lain membeli barang keperluan.

Stok makanan hanya tinggal dua tin sardin untuk 6 orang anak selama seminggu.

Kisah wanita ini bukanlah kes terpencil, malah ramai lagi yang dibuang kerja, hilang mata pencarian. Jika mereka tidak boleh keluar bekerja, daripada manakah mereka boleh mendapatkan sumber wang untuk menyara ahli keluarga?

Lantikan politik di Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)

Namun apa yang mengecewakan, ketika rakyat kehilangan sumber pendapatan, ramai ahli-ahli politik pula ditawarkan jawatan bergaji tinggi oleh Kerajaan.

MP dan ahli politik yang dilantik sebagai Pengerusi GLC/Agensi Kerajaan ialah:

  1. MP Jelebu (UMNO) – Dato Jalaluddin Alias – Pengerusi UDA Holdings
  2. MP Gerik (UMNO) – Dato Hasbullah Osman – Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
  3. MP Cameron Highland (UMNO) – Dato Ramli – Pengerusi Amanah Raya Berhad 
  4. MP Padang Terap (UMNO) – Dato Seri Mahdzir Khalid – Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) 
  5. MP Pasir Salak (UMNO) – Dato Sri Tajudin Abd Rahman – Pengerusi Prasarana
  6. Datuk Chong Sin Woon (MCA Parlimen Seremban) – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang
  7. Dato Tan Teik Cheng (DUN Machang Bubok) – Pengerusi Pelabuhan Penang
  8. Datuk Koh Chin Han (Bekas Calon MCA DUN Bemban) – Pengerusi Pelabuhan Melaka
  9. MP Bentong (PPB) – Datuk Robert Lawson Chuat Vincent Entering – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu
  10. MP Beaufort (Bersatu) – Datuk Azizah Mohd Dun – Pengerusi Mara
  11. MP Bachok (PAS) – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Pengerusi Kesedar
  12. MP Jempol (UMNO) – Dato’ Haji Salim Sharif – Pengerusi Risda
  13. Adun Permas (Bersatu) – Che Zakaria Mohd Salleh – Pengerusi Kejora
  14. Ahli Dewan Negara – Razali Idris – Pengerusi Ketengah
  15. MP Bukit Gantang (Bebas) – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – Pengerusi LKIM
  16. MP Machang (UMNO) – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Pengerusi MPOB
  17. MP Pasir Putih (PAS) – YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang
  18. MP Jerantut (UMNO) – Dato’ Hj Ahmad Nazlan Idris – Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
  19. Calon UMNO Parlimen Pasir Gudang PRU14 – Datuk Seri Khaled Nordin – Pengerusi Boustead Holding Berhad
  20. MP Pasir Mas (PAS) – YB Ahmad Fadhli Shaari – Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
  21. MP Sibuti (PBB) – YB Lukanisman Awang Sauni – Pengerusi SEDA
  22. MP Kimanis (UMNO) – Datuk Mohamad Alamin – Pengerusi MyIPO
  23. MP Tanjung Manis (GPS) – Datuk Yusuf Abdul Wahab – Pengerusi CIDB
  24. MP Dungun (PAS) – Wan Hassan Mohd Ramli – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
  25. MP Sabak Bernam (Bersatu) – Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh – Pengerusi FAMA
  26. Bekas KIP MIC – Datuk Nelson Renganathan – Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)
  27. MP Setiu (PAS) – YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir – Pengerusi Tekun
  28. MP Hulu Rajang (GPS) – Datuk Wilson Ugak Kumbong – Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
  29. MP Besut (UMNO) – Idris Jusoh – Pengerusi FELDA
  30. MP Marang (PAS) – Abdul Hadi Awang – Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri
  31. MP Kemaman (PAS) – Che Alias Hamid – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman

Antara nukilan netizen di media sosial tentang isu ini.

Ahli Parlimen menerima gaji bulanan sebanyak RM16,000. Jumlah ini tidak termasuk elaun. Saat ini rakyat hilang kerja, namun ahli Parlimen pula mendapat ‘dua kerja’.

Kredit foto: The Malaysian Times

Sebahagiannya pula mempunyai rekod yang tidak elok dan juga terpalit dengan kes rasuah.

Tidakkah kita mengambil teladan daripada kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan latikan politik di GLC sebelum ini? Sebagai contoh, kes yang melibatkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Felda di mana beliau menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh FICSB.

Kredit foto: The Star

Selain kes tersebut, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta. Manakala, abangnya Datuk Abdul Latif menghadapi dua pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Abdul Azeez.

Kredit foto: The Malaysian Insight

Lebih-lebih lagi, Tabung Haji yang merupakan sebuah institusi yang dahulunya dihormati, diyakini patuh syariah kini sudah dicemari dengan skandal rompakan, penipuan dan pemalsuan. Penipuan audit juga telah dilakukan di mana pada waktu itu, jumlah wang Tabung Haji sebenarnya mengalami defisit RM4.1 bilion. Ini bermaksud sekiranya semua penyimpan meminta semula wang mereka (bank run), jumlah wang tidak cukup untuk dikembalikan. Jika institusi yang menjalankan aktiviti suci ini pun sanggup dirompak dan terpalit dengan penipuan, apakah nasib institusi-institusi lain yang dipegang ahli politik?

Kita sudah boleh agak apa yang akan berlaku dengan lambakan lantikan-lantikan politik baru-baru ini. Kesan daripada rasuah dan salah guna kuasa ini, para pekerja, rakyat yang akhirnya akan hilang kerja, dipotong gaji dan sebagainya.

Percaturan Politik

Kredit foto: Malaysiakini

Pada masa yang sama, negara kita sekali lagi berdepan dengan risiko pertukaran kerajaan. Pergolakan dan permainan politik telah mengakibatkan potensi perubahan kerajaan persekutuan, negeri Kedah dan terdapat ura-ura yang mengatakan negeri Selangor juga akan jatuh disebabkan permasalahan ini.

Usul undi tidak percaya ini bakal mengakibatkan pertukaran kerajaan persekutuan tatkala krisis yang sedang melanda negara ini. Tanpa adanya kestabilan di pihak kerajaan, segala usaha untuk menyelamatkan ekonomi negara ini sudah tentunya akan gagal.

Ya, mungkin usul undi tidak percaya ini mempunyai meritnya tersendiri. Namun apakah perkara ini yang menjadi keutamaan semasa negara dilanda krisis?

Apakah kita tidak peka dengan keadaan rakyat yang sedang lapar, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?

Ini bukan masanya untuk merebut kuasa.

Di manakah moral kompas sebahagian ahli-ahli politik ini? Di manakah letaknya prinsip mereka sebagai pemimpin? Di manakah keikhlasan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara?

Jika ini mentaliti yang ada pada segelintir ahli-ahli politik, apakah yang akan terjadi kepada rakyat Malaysia? Bagaimana pula dengan nasib rakyat khususnya generasi muda?

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: