Connect with us

Uncategorized

Pelajar Malaysia Semakin Maju!

Published

on

Cara pembelajaran remaja atau belia pada masa kini agak berbeza . Ini bukan masalah sosial, tetapi ini merupakan perubahan budaya dalam masyarakat didunia. Perpustakaan kosong, sudut membaca di bilik darjah juga kosong, di rumah tiada motivasi belajar, di sekolah pun tak mahu membaca kerana sibuk berborak dengan rakan.  Kadang-kadang keadaan kelas tidak begitu selesa. Persekitaran yang agak bising dan sempit? Jadi,di mana tempat belajar mereka?

Dunia dah berubah, generasi sekarang juga bertukar selera termasuk memilih tempat mengulangkaji pelajaran.

Jalan-jalan masuk ke restoran makanan segera seperti McDonalds, lazimnya yang berdekatan kolej atau universiti, kafe dan restoran mamak berkemudahan wifi, ya, itulah “sudut membaca” pilihan mereka.

Mengapa belajar diluar ? Sebab utamanya :

  1. Keselesaan di kafe seperti Starbucks, Gloria Jeans, dan Coffee Beans
  2. Layanan dan servis yang baik didalam kafe tersebut , terutamanya WIFI yang laju.
  3. Boleh makan sambil belajar, dan berbincang pada masa yang sama.
  4. Boleh berbual , kalau didalam perpustakaan, tidak dibenarkan berbual.
  5. Pergerakan yang bebas, tidak merasa kekok seperti didalam perpustakaan, atau kelas.

Keselesaan belajar di Starbucks.

Inilah budaya pelajar masa kini, berbeza dengan generasi sebelum ini yang tiada pilihan sama ada dari segi kemudahan mahupun kewangan. Lagipun tidak pernah terfikir pula boleh belajar di kedai makan. Kedai makan waktu dahulu hanyalah untuk makan sahaja, kedai kopi pula tempat lepak si bapa bersama kawan sambil menghirup teh atau kopi, pekena roti canai.

Starbucks menjadi pilihan utama kerana servis, keselesaan tempat, dan mudah.

Bagi generasi sekarang, Kafe merupakan tempat untuk mengadakan mesyuarat, menghabiskan kerja pejabat, mengulangkaji, berinteraksi dengan orang lain dan menunggu trafik jem reda sebelum pulang ke rumah.

Belajar di kelas atau perpustakaan bukan lagi budaya generasi sekarang. Mereka merasakan kekok dan tidak selesa kerana peraturan yang ditetapkan.

Kepelbagaian cara belajar adalah disebabkan ekonomi Malaysia yang baik dan sistem pendidikan yang fleksibel dan efektif. Setiap individu berfungsi dengan cara yang agak berbeza. Dengan sistem pendidikan yang fleksibel serta kemampuan individu untuk terus menyambung pembelajaran mereka diperingkat tertinggi menunjukkan ekonomi Malaysia yang agak stabil dimana semua orang mampu menanggung kos pembelajaran serta kuasa pembeli yang tinggi dimana pertumbuhan perniagaan kafe seperti starbucks adalah tertinggi di Asia Tenggara.

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: