Connect with us

Uncategorized

Macam dalam ‘action movie’! Latihan Tembakan uji keupayaan aset Tentera Darat

Jom tengok gambar di bawah ini untuk lihat lebih lanjut aksi Tentera Darat Malaysia!

Published

on

Tentera Darat Malaysia (TDM) kini lebih yakin dengan keupayaan aset-aset pertahanan mereka selepas aktiviti tahunan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) di Lapang Sasar Gemas, Negeri Sembilan.

Melalui ujian kepuayaan yang diadakan setiap tahun ini, anggota tentera akan menguji prestasi sebenar kelengkapan dan aset yang telah diperuntukkan untuk menjaga keselamatan negara.

LKT 2018 kali ini melibatkan kos sebanyak RM17 juta – merangkumi semua aset termasuk teknologi, senjata, peluru, misil dan bom  bagi memberi pendedahan kepada pihak berkepentingan tentang isu pertahanan dan muka bumi Malaysia.

Antara kenderaan tempur yang menarik perhatian dalam demonstrasi ini ialah ACV 300 AdnanAV8 Gempita dan PT91M Pendekar disamping tembakan Gattling Gun M134D oleh Helikopter Agusta A-109E  dan seterusnya memperlihatkan kemantapan Helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri yang memasuki lapang sasar dengan membawa Meriam 105mm PH L5.

Selain itu, penonton dikejutkan dengan ketibaan pesawat pejuang Hawk 208 dan Sukhoi 30 MKM yang menggegarkan Observation Post 3A (OP 3A) dengan memberi bantuan serangan dari udara sekaligus memukau semua penonton.

Mengulas mengenai soal kos latihan tersebut, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim menjelaskan bahawa aktiviti ini diperlukan kerana ia sebahagian dari kesiapsiagaan anggota dan aset pertahanan negara.

“Kita tidak nafikan, orang awam mungkin anggap puluhan juta ringgit yang digunakan untuk menampung kos latihan ini sebagai mahal tapi sebenarnya kita perlu melakukannya kerana itu adalah masa untuk menguji keupayaan dan keberkesanan senjata yang kita miliki.

“Di samping itu ianya dapat memberi pendedahan untuk pegawai serta anggota untuk melihat tahap kekuatan sesuatu aset agar dapat diaplikasikan penggunaannya dalam mengatur strategi taktikal semasa berperang.

Beliau berkata kepada pemberita semasa LKT 2018 di Lapang Sasar Gemas pada 12 Jul 2018 melibat 32 jenis senjata dan aset milik TD dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta penglibatan seramai 222 pegawai dan 1,898 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: