Connect with us

Uncategorized

Logo kontroversi Visit Malaysia 2020 bakal bertukar

Published

on

Logo untuk kempen melawat Malaysia pada tahun 2020 ini akan digantikan dengan logo yang akan dipilih melalui pertandingan kelak. Kredit gambar: Asian Correspondent.

PETALING JAYA:Logo kontroversi Visit Malaysia 2020 yang dikritik ramai kerana dilihat seperti ‘kerja amatur’ akan direka semula.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan kini sedang merancang untuk mengadakan pertandingan mereka logo untuk menggantikan logo kontroversi tersebut yang dilancarkan awal tahun dahulu.

“Pertandingan kali ini akan dibuat secara terbuka. Kami mahu mendapatkan rekaan yang terbaik berdasarkan perspektif orang ramai,” menurut menteri Datuk Mohamaddin Ketapi semasa dihubungi The Star semalam.

Perbincangan pada tahap kementerian akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan butiran logo tersebut lebih terperinci.

Logo Visit Malaysia 2020 tersebut dilancarkan di Chiang Mai, Thailand oleh bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersempeba Forum Pelancongan ASEAN awal tahun ini.

Logo tersebut, yang diilhamkan dari setem pos memaparkan Menara Berkembar Petronas, seekor Orang Utan yang memeluk monyet Belanda dan seekor penyu yang mengenakan cermin mata.

Ia dikecam ramai kerana rekaannya yang dikatakan buruk dan tidak professional oleh netizen, selain ramai yang turut berkongsi rekaan mereka sendiri.

Antara logo rekaan yang dicadangkan netizen selepas pengumuman logo kontroversi tersebut di Chiang Mai.

Sebelum ini, Nazri telah mempertahankan logo tersebut, menegaskan ia dibuat oleh pekerja kementerian yang berpengalaman, meskipun dikritik ramai.

Malah, Tun Mahathir turut pernah ‘mengusik’ logo tersebut dalam laman Facebooknya ketika itu.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: