Connect with us

Uncategorized

Kehidupan Yang Mewah Dikalangan Generasi Muda

Published

on

Orang Muda Mewah Berbelanja Keliru Antara Kos Gaya Hidup Dan Kos Sara Hidup

Kajian mendapati ramai graduan yang baru mendapat pekerjaan lebih cenderung untuk membeli kenderaan import berbanding kenderaan tempatan sambil mengamalkan gaya hidup bermewah.

Felo Penyelidik Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmand Dzariean Mohd Nadzri berkata, berikutan gaya hidup mewah, ramai golongan muda kini terhimpit dengan masalah kewangan.

“Apa tidaknya, makan tengah hari di Dome dan Tony Romas sambil memegang iPhone 7 di tangan walaupun mereka memperoleh pendapatan sederhana sahaja.

“Malah, tidak keterlaluan dikatakan mereka mampunyai pendapatan yang lumayan setiap bulan sekalipun, ia bukanlah satu amalan atau gaya hidup yang boleh dicontohi,” katanya dipetik akhbar Kosmo!.

Tidak menafikan bahawa kos sara hidup juga meningkat, Dr Achmand menegaskan ianya bukan sahaja berlaku di Malaysia sahaja, malah diperingkat global sepertimana Korea Selatan mengalami kenaikan kos sara hidup sehingga 50 peratus.

Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk menukar cara perbelanjaan harian sebagai langkah keluar daripada kesempitan kewangan selain bijak menguruskan perbelanjaan seperti tempat tinggal, makanan, kenderaan dan kesihatan.

Selain itu, Dr Achmand turut mencadangkan rakyat boleh memilih untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan membuat pekerja lain diluar waktu pejabat disamping memanfaatkan insiatif kerajaan dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

Sungguhpun peningkatan kos sara hidup merupakan trend global, Malaysia masih menunjukkan kadar peningkatan terendah berbanding negara-negara jiran serta di rantau Asia.

Menerusi artikel ‘A Malaysian perception: Cost of Living vs Standard of Living and affordability’, penganalisis politik, Lim Sian See memberi penjelasan mudah menggunakan ‘Teori Big Mac’ bagi membandingkan harga semasa dengan harga 30 tahun lepas.

Ujarnya, pada 1993, harga Big Mac di Malaysia adalah RM3.35 sementara RON92(RON95 belum diperkenalkan) adalah RM1.06 seliter.

Berbanding pada 2014, Big Mac berharga RM7.60 dan petrol RON95 berharga RM2.30 seliter.

Peningkatan harga Big Mac menunjukkan kenaikan kos sememangnya wujud dan menyalahkan kerajaan bagi fenomena global adalah cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah.

“Jangan keliru dengan kos sara hidup dengan standard kehidupan. Menurunkan kos sara hidup secara membuta tuli adalah bertentangan dengan trend dunia dan menentang sejarah,” kata LSS.

Jelasnya, janji pakatan pembangkang untuk menurunkan kos sara hidup adalah satu pembohongan ekoran trend peningkatan harga barang berlaku di setiap negara beribu tahun lamanya.

Berkata lanjut, kuasa membeli rakyat semakin meningkat saban tahun ekoran peningkatan pendapatan bulanan masyarakat bumiputra sekitar RM2,531 pada 2009 sehingga RM4,214 pada 2014 – menurut bancian Jabatan Statistik Negara

Petikan daripada :

MalaysianDigest.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: