Connect with us

Uncategorized

Pasukan game online ‘Rules of Survival’ Malaysia cemerlang, dapat ganjaran hampir RM50k!

Bukan hanya semudah ‘tekan-tekan’ , tetapi kajian yang teliti ke atas corak permainan adalah antara faktor utama kejayaan mereka.

Published

on

Kejayaan pasukan ‘8X’ ini membuktikan industri e-sukan mampu memberi pulangan lumayan kepadaanak-anak muda yang berminat. Kredit gambar: Facebook Hafeez Ibrahim

Industri e-sukan Malaysia terus cemerlang dan semakin mendapat pengiktirafan dunia dengan pencapaian terbaru anak-anak tempatan dalam kejohanan sukan digital antarabangsa.

Terbaru, pasukan ‘8x’ yang mewakili Malaysia telah melakar sejarah baharu dengan kejayaan mereka meraih tempat kedua dalam pusingan akhir Kejohanan Rules of Survival Piala Asia Tenggara pada hujung minggu lalu.

Rules of Survival ialah salah satu permainan online bergenre Battle Royale, yang mempunyai lebih 150 juta pemain berdaftar di seluruh dunia.

Kumpulan ‘8X’ yang terdiri daripada empat anak tempatan; kapten pasukan Raden Amer Farouqi Radin Jayakasuma, Muhammad Afiq Abdul Aziz, Muhammad Abdul Samad dan Muhammad Danial Shahrom ini telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM48,000.

Bukan hanya semudah ‘tekan-tekan’ sahaja, tetapi menurut Raden Amer Farouqi kajian yang teliti ke atas corak permainan pasukan Thailand adalah antara faktor utama kejayaan mereka dalam pusingan grand final kejohanan tersebut.

Komuniti pemain ‘Rules of Survival’ di Malaysia banyak berhubung melalui laman sosial Facebook, dengan hampir 700,000 pemain berdaftar. Kredit gambar: Facebook Rules of Survival Malaysia

 

“Kami memang tidak menjangkakan untuk menang dalam kejohanan ini memandangkan setiap pasukan yang terlibat mempunyai kehebatannya tersendiri.

“Sehari sebelum final, saringan kelayakan Thailand masih berlangsung dan kami menggunakan kesempatan itu untuk pelajari benda baharu dan aplikasikan corak permainan mereka pada hari pertandingan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan pasukan kami mendapat tempat kedua,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Grand Final Kejohanan Piala Asia Tenggara Rules of Survival itu berlangsung di Bangkok, Thailand pada hujung minggu lalu dan menawarkan hadiah terkumpul melebihi RM440,000.

Selain Thailand, ia disertai beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Filipina, Singapura, Vietnam, Indonesia dan Brunei.

Kejohanan itu menyaksikan pasukan Thailand ‘OfGod’ muncul juara dengan mata terkumpul sebanyak 1,760 sementara 8X meraih 1,450 mata.

Meskipun meraih tempat kedua, kejayaan pasukan ‘8X’ ini menunjukkan industri e-sukan mampu menarik lebih ramai bakat-bakat tempatan untuk diketengahkan di pentas antarabangsa.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: