Connect with us

Sukan

Lee Chong Wei tumpaskan No 1 dunia, Viktor Axelsen; mara separuh akhir

Published

on

KUALA LUMPUR: Sejurus kemenangan ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam aksi suku akhir Terbuka Malaysia sebentar tadi, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan dia akan beraksi pada Olimpik Tokyo 2020.

Terdahulu, jaguh perseorangan lelaki negara itu terus menyalakan impian bagi meraih gelaran ke-12 Terbuka Malaysia apabila mara ke separuh akhir dengan kemenangan 21-17, 21-9 ke atas Axelsen dari Denmark di Arena Axiata Bukit Jalil.

Kemenangan itu jelas memberi kesan besar kepada Chong Wei sehingga dia tidak menolak kemungkinan untuk membuat penampilan terakhir pada Olimpik Tokyo 2020 dalam misi meraih pingat emas pertamanya pada temasya berprestij berkenaan.

“Jika saya boleh terus kekalkan prestasi seperti ini dan tubuh badan saya terus dalam keadaan baik, mungkin saya akan beraksi untuk kali terakhir pada Olimpik Tokyo 2020. Namun, jika keadaan tubuh badan saya tidak baik, saya akan berhenti.

“Untuk Terbuka Malaysia pula, ini adalah yang kedua terakhir untuk saya. Jadi, saya akan terus kekal fokus bagi mencapai misi saya kali,” kata Chong Wei yang juga pemenang tiga kali pingat perak Olimpik.

Mengulas mengenai kemenangan kedua berturut-turutnya ke atas Axelsen termasuk ketika saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand, bulan lalu, pemain berusia 36 tahun itu, berkata ia adalah hasil kerja rumah yang dilakukannya bagi menumbangkan juara dunia 2017 berkenaan terutama selepas tewas tiga pertemuan sebelum itu.

“Memang sukar kalau menentang Axelsen kerana dia masih muda dan pemain nombor satu dunia. Saya kalah dalam tiga pertemuan sebelum ini iaitu dua kali di Siri Super Akhir 2017 dan Terbuka Jepun. Namun, selepas itu saya membuat penilaian semula prestasi dan berbincang dengan jurulatih mengenai apa yang perlu dilakukan jika bertemunya sekali lagi,” kata Chong Wei yang akan bertemu Tommy Sugiarto pada aksi separuh akhir, esok.

Mengenai pertemuan dengan Tommy, Chong Wei bertekad untuk mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawannya itu selepas menang dalam 16 pertemuan sebelum ini.

Sementara itu, cabaran perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terkandas di suku akhir selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying 15-21, 15-21.

Artikel asal: Berita Harian

Sukan

Contohi Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998! Semangat juang demi memburu kemenangan.

Published

on

By

Artikel asal: Malaysiakini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengimbas kembali saat gemilang negara ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Ketika berucap dalam acara penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia untuk Sukan Asia 2018 yang akan diadakan di Palembang Indonesia, Mahathir menggesa para atlet untuk menghidupkan semangat memburu kemenangan yang ditunjukkan atlet terdahulu.

“Semangat atlet kita pada masa itu, yang memenangi pingat emas antaranya Sapok Biki (tinju), Hidayat Hamidon (angkat berat), Nurul Huda Bahrin (menembak) dan G Saravanan (olahraga).

“(Semangat mereka) Tidak berbelah bahagi untuk mengharumkan nama negara dan seterusnya (meletakkan negara) menduduki tangga keempat secara keseluruhan,” katanya di Dataran Perdana, Putrajaya.

Beliau sebelum itu menerima jaket rasmi kontinjen negara daripada pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan menteri kabinet, Mahathir turut menyebut tentang jaguh badminton Lee Chong Wei yang tidak dapat menyertai Sukan Asia kali ini.

“Kepada Lee Chong Wei, saya harap dia akan cepat sembuh.

“Walaupun dia tidak dapati mewakili negara kali ini, semangatnya selama ini pastinya membakar kontinjen kita untuk membawa kejayaan lebih besar,” katanya.

Beliau kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada chef-de-mission Abdul Azim Mohd Zabidi. Turut hadir adalah Presiden Majlis Olimpik Negara Datuk Mohamad Norza Zakaria.

Bercakap dengan pemberita selepas itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata negara kali ini menyasarkan tujuh pingat emas.

“Jika nasib kita baik, jumlah pingat emas boleh jadi sebelas,” katanya.

Dalam edisi kali ini yang akan diadakan pada 18 Ogos hingga 2 September, kontinjen negara yang diwakili 426 atlet dan 147 pegawai akan bersaing dalam 35 daripada 40 acara yang dipertandingkan.

Continue Reading

Sukan

F1 akan kembali beraksi di SIC?

Published

on

By

Sejarah awal F1 di Malaysia bermula apabila pembinaan SIC telah dimulakan pada tahun 1997 hingga 1999 dengan trek sepanjang 5.543 kilometer.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai F1? Tonton video di bawah!

Continue Reading

Sukan

Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan bangkit dengan catatan masa 10.28s!

Published

on

By

Khairul Hafiz Jantan, raja pecut Asia Tenggara yang kini berada di Jerman dalam rangka latihan dan pertandingan bagi memburu tempat ke temasya Sukan Asia Indonesia bulan depan mengungguli saingan di Kejohanan Kebangsaan Besigheim, Jerman dengan catatan 10.28s dalam acara 100m, catatan terbaiknya tahun ini.

Menurut laporan Berita Harian,

Bagi jurulatih Khairul Hafiz dan Zulfiqah, Mohd Poad Md Kassim, beliau menuntut Kesatuan Olahraga Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempertimbangkan penyertaan Khairul Hafiz ke Sukan Asia.

Tegasnya ini adalah peluang terbaik buat Khairul Hafiz yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100 dan 200m itu bersaing dengan atlet berkelas dunia selain menimba pengalaman berguna untuk dijadikan bekalan pada masa depan biarpun tidak melepasi syarat kelayakan atas tiket kategori A iaitu, 10.18s.

“Sukan olahraga bukan sukan magis. Ia perlukan pendedahan. Atlet tidak boleh melakar kejutan jika peluang tidak diberikan.

“Saya harap Khairul Hafiz akan diberi peluang ke Sukan Asia. Untuk mendapatkan pingat kali ini mungkin sukar tapi dia perlu pengalaman kerana dengan pengalaman akan mematangkannya pada Sukan Asia seterusnya.

“Semoga perkara ini dapat dipertimbangkan dan orang berkenaan dapat melihat lebih jauh perkara ini,” katanya. 

Kami daripada Malaysia Boleh ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Khairul Hafiz! #PecutJanganTakPecut

Nak tengok macam mana lajunya Khairul Hafiz Jantan berlari, jom tonton video dibawah!

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: