Connect with us

Uncategorized

Pensyarah USM dinobat Komunikator Sains Terbaik Dunia

Published

on

KUALA LUMPUR – Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah telah dinobatkan sebagai ‘Komunikator Sains Terbaik Dunia’ pada pertandingan Fame Lab peringkat antarabangsa ke-11 di The Arena, Cheltenham, United Kingdom, kelmarin.

Beliau menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, melalui pembentangan berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.

Beliau bersaing dengan 27 finalis dari pelbagai negara seperti Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal, sebelum muncul sebagai juara akhir.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) itu sebelum ini menjuarai saingan Fame Lab peringkat kebangsaan setelah menewaskan sembilan saintis muda tempatan, melayakkan beliau mewakili Malaysia di saingan peringkat akhir, Khamis lalu.

The Cheltenham Science Festival adalah acara yang berlangsung selama enam hari membabitkan bidang sains, kejuruteraan dan seni. Ia membawa saintis dan pemikir terkemuka dunia bersemuka dengan orang ramai untuk perdebatan, eksperimen dan penemuan yang mengejutkan.

Fame Lab International adalah pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami oleh khalayak dalam tempoh tiga minit. Setiap persembahan dinilai berdasarkan kandungan, kejelasan dan karisma.

 

Kemahiran penyampaian secara lisan ini adalah salah satu cabang dalam komunikasi sains bertujuan menarik minat umum dengan topik sains dan teknologi yang sering dianggap sebagai sesuatu yang rumit dan tidak menyeronokkan di kalangan orang awam.

Dr Siti Khayriyyah adalah rakyat Malaysia kedua yang memenangi gelaran itu. Keinginan untuk berkongsi perasaan teruja mengenai keindahan fenomena biologi mendorong beliau untuk menyertai pertandingan Fame Lab ini.

Pada tahun 2016, Dr Abhi Veerakumarasivam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) diisytiharkan sebagai juara Fame Lab International, apabila dia mengalahkan pemenang kebangsaan dari lebih 25 negara.

Fame Lab dibawa ke Malaysia pada tahun 2015 oleh British Council dengan kerjasama Malaysian Industry-Group untuk Teknologi Tinggi.

Artikel Asal: ismaweb

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: