Connect with us

Uncategorized

4 Tarikan Pelancong di Malaysia setanding Antarabangsa yang Mesti Dilawati

Published

on

Melancong ke luar negara sememangnya satu pengalaman yang menarik, tetapi kadangkala segala persiapan yang perlu dibuat sebelum perjalanan bermula – seperti cuti yang perlu dirancang lebih awal, memastikan tempoh sah passport, menempah penginapan yang berbaloi, atau faktor kebersihan misalnya inilah yang kadangkala ‘merumitkan’ untuk kita melancong ke luar negara.

Tetapi tahukah anda yang di Malaysia kita sendiri terdapat banyak ‘syurga-syurga’ pelancongan yang  menjadi tarikan pelancong dari luar negara pun masih banyaj boleh kita kunjungi tanpa perlu ke luar negara?

Berikut adalah senarai EMPAT tempat pelancongan dalam negara yang mesti anda kunjungi, tak kira bersama keluarga atau pun rakan-rakan!

 

1. Kundasang, Sabah

Dikatakan sebagai New Zealand Malaysia, Desa Dairy Farm di Kundasang, Sabah ini adalah antara tempat kunjungan yang wajib dilawati jika anda mahu melancong bersama keluarga. Selain dapat membeli produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato mereka yang SANGAT SEDAP, anak-anak kecil pasti terhibur dengan peluang untuk memberi makan kepada anak-anak lembu-lembu yang jinak.

Selain suasananya yang nyaman, anda juga dapat merasai pengalaman unik ‘menjaga’ lembu-lembu di Desa Dairy Farm Kundasang! Kredit gambar: Zayan

 

Jika sudah di Kundasang, anda juga harus singgah Kampung “Tagal” Sungai Moroli, Kampung Luanti untuk pengalaman ‘urut dan rawatan spa ikan’. Ikan-ikan pelian yang dipelihara ini sangat jinak dan akan datang di sekeliling anda untuk menggigit lapisan kulit kaki yang mati. Jangan risau, kerana walaupun ada juga ikan-ikan yang bersaiz besar, tetapi mereka sangat lembut dan tidak bertaring.

Berbeza dengan ikan-ikan biasa, ikan di Spa Tagal Luanti amat gemarkan manusia. Kredit gambar: Sabah – Attractions in Malaysia

 

Rasai pengalaman unik bermalam dalam khemah di banjaran seperti orang Mongolia di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge bersama rakan-rakan kembara anda yang lain. Satu khemah boleh memuatkan 4 orang dengan harga kira-kira RM300 untuk satu malam dan dapur dan peralatan BBQ turut disediakan untuk kemudahan para penginap.

Khemah Mongolian Yurt Wind of Paradise terletak puncak banjaran-banjaran, menarik untuk ‘travel buddies’. Kredit gambar: Borneo Holiday & Vehicle Rental SDN BHD

2. Hutan Simpan Royal Belum, Perak.

Bagi mereka yang mahu ketenangan minda dalam alam semulajadi yang menakjubkan, bolehlah ke Hutan Simpan Royal Belum yang terletak di daerah Hulu Perak. Hutan Dara Belum ini telah diiktiraf sebagai antara hutan dara tertua di dunia malah lebih tua dari Hutan Amazon di Brazil.

Hutan Dara Royal Belum yang berusia lebih 130 juta tahun ini telah diwartakan sebagai hutan tertua di dunia. Kredit gambar: sobriyaacob.com

Hutan ini diberikan nama The Royal Belum kerana biodiversiti penemuan-penemuan alam dalam huyan ini yang tak terdapat di tempat lain menjadikan ia satu khazanah negara. Selain menjadi habitat hidupan liar seperti Burung Enggang, Badak Sumbu, Beruang Matahari dan Harimau, hutan dara ini dianggarkan  memiliki lebih 3,000 spesies tumbuhan di dalamnya.

Image result for rafflesia royal belum

Rafflesia juga antara tumbuhan liar yang boleh anda jumpa dalam penerokaan hutan dara Belum. Kredit gambar: TripSavvy

Kalau anda datang dalam kumpulan yang ramai, boleh juga merasai pengalaman untuk tidur dalam ‘houseboat’ untuk pengalaman tidur di atas bot bersama para pengunjung yang lain. Satu bot ini kebiasaannya boleh memuatkan 10-20 orang.

Pakej bermalam di ‘houseboat’ amat sesuai jika anda pergi dalam kumpulan yang ramai. Kredit gambar: Gaya Travel

 

3. Pulau Sipadan, Sabah.

Pulau Sipadan adalah satu lagi khazanah negara yang dinobatkan antara tempat menyelam scuba yang terbaik di dunia!  Kepulauannya yang terbentuk dari batu karang sejak beribu tahun ini adalah satu-satunya pulau samudera di Malaysia.

Image result for sipadan

ScubaTravel.com menobatkan Pulau Sipadan sebagai tumpuan scuba diving terbaik di dunia. Kredit gambar: SportCoverDirect

Terdapat lebih 3,000 spesis ikan dan batu karang boleh didapati dalam ekosistem Pulau Sipadan, dan pengalaman menyelam di Sipadan dikatakan paling unik berbanding dengan tumpuan scuba diving di luar negara kerana kepelbagaian spesis hidupan laut di situ.

Image result for dance fish in sipadan

Pengalaman menyelam di Sipadan dikatakan tidak boleh didapati di mana-mana tempat lain. Kredit gambar: Wall Street Journal

Selepas berdekad berebut dengan Indonesia, Malaysia telah mendapat kedaulatan ke atas Sipadan pada tahun 2002, dan sehingga kini para pengunjung perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum mahu terus ke Sipadan. Walau bagaimanapun, permit ini tidaklah sukar didapati, hanya dibuat bagi memastikan soal keselamatan para penyelam sahaja.

Anda juga boleh bergambar dengan penyu semasa menyelam di Sipadan. Kredit gambar: Borneo Adventure Tours

4. Langkawi, Kedah

Tidak kira sama ada bersama rakan-rakan atau pun ahli keluarga, Langkawi adalah antara destinasi percutian yang mesti rakyat Malaysia perlu lawati. Pulau yang dahulunya dikenali untuk mitos lagenda Mahsuri kini antara tumpuan pelancong yang paling popular kerana kepelbagaian aktiviti pelancongan di sana.

Image result for langkawi

Langkawi dikatakan berpotensi untuk menjadi tumpuan pelancong segah Loire Valley di Perancis. Kredit gambar: Langkawi-Info.com

Langkawi sangat terkenal kerana pelbagai jenis aktiviti pelancongan disediakan untuk para pengunjung – dari parasailing, flying fox, menaiki kereta kabel, berkayak, muzium 6-D, island-hopping dan sebagainya. Tapi aktiviti zipline meredah hutan ini kami tengok nampak tersangat lahmenarik!

Satu lagi yang menarik tentang Langkawi ialah pusat membeli belah bebas cukainya! Bermacam-macam jenis barangan dari coklat sehinggalah ke pinggan mangkuk boleh didapati pada harga yang jauh lebih rendah dari pasaran, jadi sudah menjadi kebiasaan untuk para pelancong datang membeli belah di sini. Antara kompleks membeli belah bebas cukai yang terkenal adalah RAMS dan Kompleks Haji Ismail Group, kerana lebih banyak jenis barangan yang boleh didapati dari sini.

Shopping Duty Free Langkawi

Kompleks Haji Ismail ini bermula dengan peniagaan kecil-kecilan Haji Ismail pada 1987, sehinggalah diperbadankan Haji Ismail Group sudah diperbadankan sejak 2016 yang lalu. Kredit gambar: MohdZarin.com

Langkawi juga menyediakan pelbagai jenis penginapan mengikut kesesuaian pelancong, menjadikan ia antara tarikan pengunjung yang mahu bercuti dalam bajet. Jika anda mahu lebih banyak berbelanja untuk pengalaman dan ‘shopping’ misalnya, ada banyak hotel bajet di sekitar Pantai Chenang yang pasti lebih mesra poket anda.

Image result for penginapan di langkawi

Terdapat hotel semua bintang di Langkawi, sesuai untuk bagi mereka yang mahu merancang perbelanjaan semasa bercuti. Kredit gambar: Melati Tanjung Holidays

Jadi jika anda mahu merancang percutian seterusnya, marilah melancong ke tumpuan dalam negara pula – pastinya masih banyak lagi destinasi pelancongan tempatan yang masih belum kita terokai!

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: