Connect with us

Uncategorized

‘Jangan obses ambil jalan mudah’, Dr Amalina kongsi tips kekal sihat supaya rakyat Malaysia kekal bersemangat #MalaysiaBoleh!

Orang sekarang suka makan produk kesihatan sedangkan kadangkala ia boleh mengancam kesihatan. Semata-mata nak hasil yang cepat dan mudah.

Published

on

Pelbagai jenis air minuman yang dicipta pada hari ini sebagai usaha menambah tenaga serta menjaga kesihatan seseorang itu.

Namun sebaliknya bagi doktor viral, Dr Nur Amalina Che Bakri, beliau hanya mengamalkan air putih serta melakukan senaman setiap minggu.

Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, memuat naik status dalam laman media sosialnya, Twitter hari ini.

“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.

“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.

“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.

Beliau turut menambah, hasil dari amalan tersebut, beliau mampu mengekalkan tenaga dan menunaikan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.

“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.

“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: