Connect with us

Uncategorized

Kerajaan PAS Terengganu serah semula tanah rumah mayat Cina

Alhamdulillah. Kita hidup berbilang bangsa dan agama. Toleransi dan muafakat itu perlu. Itulah semangat #MalaysiaBoleh yang kita cari!

Published

on

Kerajaan PAS Terengganu serah semula tanah rumah mayat Cina

Kerajaan negeri Terengganu bersetuju menunaikan tuntutan masyarakat Cina untuk menyerahkan kembali tanah di kawasan Jakar di Kemaman bagi dijadikan rumah mayat.

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kawasan berkenaan pernah diserahkan kepada mereka pada pemerintahan PAS dahulu tetapi diambil kembali oleh Barisan Nasional (BN) setelah PAS kalah.

“Pada tahun 1999 semasa pemerintahan PAS telah memberi kebenaran kepada mereka di tempat berkenaan di kawasan Jakar tetapi apabila PAS kalah pada 2004, kebenaran itu telah ditarik balik dan diambil kembali kerajaan BN pada waktu itu.

“Yang ada sekarang ini adalah tidak cukup dan hanya cukup untuk seorang sahaja kalau berlaku dua kematian pada masa yang sama agak sukar untuk mereka simpan kerana mereka tak boleh simpan di rumah mereka sebab tidak ada fasiliti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama masyarakat Cina di Bandar Chukai di Kemaman.

Menurut Ahmad Shamsuri, keputusan mengembalikan tanah rumah mayat tersebut adalah perlu kerana ianya merupakan hak masyarakat Cina yang turut membayar cukai dalam negeri dan negara.

Selain itu kerajaan negeri juga meluluskan pembinaan pintu gerbang sebagai mercu tanda kewujudan dan peranan masyarakat Cina di Kemaman.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai , Hanafiah Mat berkata tanah untuk rumah mayat tersebut berkeluasan kira-kira lebih satu hektar di kawasan Jakar.

“Kerajaan sebelum ini telah memberikan tanah di Jabor tetapi jaraknya jauh dan masyarakat Cina tidak mahu manakala bagi pintu gerbang pula kita akan bina di depan sekolah Cina yang mana kita akan ambil reka bentuk yang sama dengan Kuala Terengganu untuk dipasang di Kemaman apabila mempunyai kewangan yang secukupnya,” katanya.

– Bernama

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: