Connect with us

Uncategorized

TH Sah Penerbangan Pertama Haji Pada 14 Julai

Kita mendoakan semoga mendapat semua jemaah haji tahun ini mendapat yang haji yang mabrur..

Published

on

SEPANG – Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 14 Julai ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata penerbangan pergi terakhir pula ialah pada 15 Ogos, manakala penerbangan pulang dijadualkan pada 29 Ogos hingga 25 September.

“Sebanyak 81 penerbangan sewa khas akan digunakan bagi operasi haji tahun ini, menggunakan 40 pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan 41 pesawat Flynas.

“Jenis-jenis pesawat yang akan digunakan ialah A380 bagi MAB manakala Flynas pesawat B747 dan A330,” katanya pada sesi taklimat operasi Haji 1439H di Kompleks TH, di sini hari ini.

Beliau berkata kuota haji rasmi tahun ini kekal 30,200 jemaah dengan dengan kadar bayaran turut kekal pada RM9,980 seorang, walaupun kos keseluruhan haji meningkat 15 peratus iaitu RM22,250 berbanding RM19,550 tahun lepas.

Johan berkata seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 600 petugas TH akan terlibat dalam operasi haji tahun ini meliputi pelbagai bidang termasuk kesihatan dan membimbing jemaah.

Beliau berkata selain itu, operasi musim haji tahun ini bagi jemaah dari Lembah Klang dan negeri sekitarnya bakal mencatat sejarah apabila pertama kali dilaksanakan di kompleks baharu menggantikan Kompleks TH Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 36 tahun sejak 1982.

Katanya Kompleks TH baharu itu yang akan dilancarkan pada 13 Julai ini, terletak di lokasi strategik berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan jarak perjalanan singkat kira-kira 10 minit berbanding satu jam dari Kompleks TH Kelana Jaya.

Ruang pelepasan kompleks yang lebih besar akan memberi keselesaan kepada jemaah dengan dua penerbangan boleh dikendalikan dalam satu masa berbanding hanya satu di Kompleks TH Kelana Jaya.

“Persiapan bagi musim haji kali ini telah dibuat awal tetapi masih ada kelengkapan perlu dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang memberi taklimat pada majlis itu berkata kemudahan tambahan lain yang disediakan ialah tiga blok hotel bertaraf empat bintang dengan 333 bilik yang boleh ditempah jemaah haji dan keluarga mereka.

Selain itu, 600 parkir bertingkat turut disediakan di hotel tersebut dengan tambahan 800 petak parkir di Masjid Sultan Abdul Samad yang terletak berdekatan kompleks tersebut.

“Kita juga sudah berbincang dengan polis trafik supaya maklumkan kepada semua waris yang menghantar jemaah haji supaya tidak meletak kenderaan di tepi jalan dan hanya parkir di tempat yang disediakan tetapi pemandu boleh turunkan penumpang dan bagasi di dalam kawasan kompleks di bahagian Anjung Tinjau,” katanya.

Bagi memastikan semua proses berjalan lancar, beliau berkata satu simulasi melibatkan 500 bakal jemaah haji dari sekitar Lembah Klang akan diadakan pada 5 Julai ini di kompleks tersebut. – BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: