Connect with us

Hiburan

Rakan Artis Doa Haqiem Rusli Tabah Hadapi Dugaan

Bertabahlah ye Haqiem Rusli dalam mengharungi ujian ini…

Published

on

ISU melibatkan penyanyi, Haqiem Rusli yang mengejutkan umum apabila beri ‘bayangan’ seolah-olah dirinya bakal bersara daripada bidang nyanyian tampak terus menjadi perbincangan hangat.

Perkara tersebut pada masa sama turut mendapat perhatian rakan-rakan artis dan teman seangkatan penyanyi itu yang mana mengaku sungguh terkejut malah terkilan dengan pengumuman berkenaan.

Menyifatkan tidak semua anak seni bertuah seperti Haqiem, rata-rata mereka berharap agar penyanyi itu membuat keputusan secara rasional dan bukan mengikut emosi sekiranya benar mahu berundur daripada bidang suara.

Pada masa sama, mereka juga berharap, pelantun lagu Tergantung Sepi itu akan terus kental dan tabah mengharungi cabaran supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Wany Hasrita memberitahu Haqiem perlu lebih matang dan bertanggungjawab sebelum membuat sebarang kenyataan, terutama apabila membabitkan pelbagai pihak.

“Sebagai kawan, saya tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Memang dia berhak menentukan masa depannya, tetapi perkara membabitkan rezeki jangan dibuat main-main.

“Bimbang jika kerap diulangi akan menjadi doa. Bagaimana nanti jika ia jadi kenyataan, walhal hati masih berbelah bahagi? Disebabkan itu, sebelum beri sebarang kenyataan, fikir semasak-masaknya.

“Lihat juga pengorbanan mereka yang sentiasa di belakang untuk sokong kejayaan kita. Memang setiap kali berdepan dugaan, pelbagai perkara terlintas di fikiran.

“Setiap kali berlaku, saya akan pandang sekeliling dan lihat wajah mereka yang saya sayang terutama ibu. Semangat mereka buat saya kuat harungi apa sahaja dugaan dalam hidup,” katanya dipetik BH Online.

PENYANYI, WANY HASRITA

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Luluh iaitu Khai Bahar pula berkata industri hiburan bakal kehilangan bakat muda berpotensi sekiranya penyanyi itu mengambil keputusan melupakan bidang yang menaikkan namanya.

“Saya berharap Haqiem tidak terbawa-bawa dengan perasaan. Bukan apa, saya bimbang kenyataan itu dikeluarkan ketika emosi tidak menentu. Tetapi jika benar dia mahu undur diri, ia kerugian besar.

“Dia mempunyai bakat yang hebat, malah disayangi peminat. Saya harap Haqiem tidak mensia-siakan harapan mereka yang menyokongnya. Pedulikan kata negatif, biarkan ia berlalu kerana kita perlu bangkit untuk buktikan kita tidak mudah lemah,” kata Khai Bahar.

PENYANYI, KHAI BAHAR

Mengakui masih terkejut dengan kenyataan diberikan Haqiem itu, Syamel berkata, dia berdoa Haqiem memperoleh kekuatan untuk melawan masalah yang dihadapinya kerana penyanyi muda itu mempunyai bakat besar dan mampu melangkah jauh dalam industri muzik.

“Sayang jika peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja. Apa juga keputusannya nanti, saya berharap ia membawa kebaikan untuk diri dan masa depannya. Tidak semua anak seni bertuah meraih peluang besar sepertinya.

“Saya percaya, Haqiem lebih tahu apa yang terbaik dirinya dan berharap apa juga keputusannya nanti akan diterima semua pihak dengan hati yang terbuka,” kata Syamel pula.

PENYANYI, SYAMEL

Sementara itu, Tajul juga juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif buat Haqiem dan pada masa yang sama berharap peminat memberikan penyanyi itu ruang dan masa untuk berfikir sedalam-dalamnya kerana ramai insan lain mengimpikan berada pada tempatnya.

“Jika pasti bersara adalah jalan terbaik, sebagai kawan, saya akan sentiasa menyokong. Memang sayang kerana keputusan itu dibuat ketika kerjayanya sedang meningkat.

“Lagipun, di luar sana, ramai remaja yang mahu jadi sepertinya. Mungkin ada hikmah di sebalik dugaan yang datang. Mungkin juga rezekinya akan lebih baik jika tidak lagi berada dalam bidang seni.

“Semua itu kerja Tuhan dan sebagai hamba, kita hanya perlu berusaha mencari kehidupan yang lebih baik,” ujarnya.

PENYANYI, TAJUL ARIFF

Terdahulu, Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli ada memuat naik beberapa status di laman sosial miliknya yang menggambarkan dirinya agak kecewa.

Keadaan menjadi ‘huru-hara’ apabila penyanyi berusia 21 tahun itu mengumumkan bakal ‘berehat’ daripada media sosial dan memberi ‘bayangan’ seolah-olah dirinya akan bersara daripada bidang suara.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan banyak spekulasi daripada pelbagai daripada peminat yang menganggap penyanyi pujaan mereka akan bersara.

Pun begitu, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia hanya akan membuat keputusan berhubung perkara tersebut pada Julai depan. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/mYh79SaN53k

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Hilangnya sebuah permata: Sudirman Haji Arshad

Published

on

Hari ini, genap 27 tahun pemergian penghibur kesayangan ramai, Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur.

Beliau merupakan anak ke 7 daripada 9 adik-beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temerloh. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan.

Pada tahun 1980, beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti  Malaya.

Bintang beliau mula bersinar apabila dinobatkan sebagai “Juara Bintang RTM 1976” pada 11 Ogos 1976 dan beliau berjaya merangkul gelaran Penghibur Nombor Satu Asia pada 19 Mei 1989 di Royal Albert Hall, London.

Lagu-lagu beliau masih kekal diputarkan sehingga kini dan masih menjadi siulan khususnya menjelang tanggal 31 Ogos.

Lagu Balik Kampung pula sering bermain dicorong-corong radio sempena perayaan Hari Raya (walaupun lagu Balik Kampung tidak dicipta untuk sambutan Hari Raya).

Al-Fatihah.

Continue Reading

Hiburan

JOM HABISKAN CUTI DI SKYTROPOLIS FUNLAND!

Published

on

Skytropolis Funland merupakan Indoor Theme Park di Sky Avenue Genting yang telah beroperasi sejak cuti sekolah bermula iaitu pada 8 December tahun ini.

Dengan keluasan 400,000 kaki persegi, ia akan membuatkan anda terasa seperti berada di dalam Filem Animasi.

Hampir 70% permainan telah dibuka kepada orang ramai pada cuti sekolah ini.

Harga tiket adalah seperti berikut:

Isnin – Khamis : RM10 setiap permainan

Jumaat – Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : RM15 setiap permainan

Pas Unlimited : RM60

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Sumber : Taufulou.com

Dengan 24 jenis tarikan, sudah tentu tempat ini menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Antaranya adalah:

  • Sky Towers – Drop tower attraction
  • Spin Crazy – Pendulum ride
  • Balloon Race – Swing ride
  • Copper Express – Fun train ride
  • Jumping Spurs – Mini jumping tower for children
  • Ride ‘Em Round – Enchanting Merry Go Round
  • Stormy Voyage – Huge indoor swinging ship
  • Space Cadet – Controlled spinning ride
  • Whirly Bugs – Merry Go Round with gigantic bugs

Sumber : TODAYonline

Selain daripada permainan di atas, SkyTropolis turut menawarkan The Void, permainan Virtual Reality yang membolehkan pengunjung menikmati pengalaman berbeza di alam maya. Selain The Void terdapat juga, Star Wars: Secrets of the Empire, Ghostbusters, and Wreck-it Ralph. Setiap permainan berharga RM130.

Apa tunggu lagi? Jom ke SkyTropolis!

Continue Reading

Hiburan

#Top3WanitaMalaysia yang menempa nama di Hollywood!

Published

on

Ramai anak Malaysia yang telah berjaya melakar nama Malaysia di persada antarabangsa! Berikut merupakan #Top3WanitaMalaysia yang berjaya menempa nama di Hollywood!

#1 YUNA

Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai YUNA, dilahirkan pada 14 November 1986 adalah antara anak Malaysia yang menempa nama di Malaysia dan juga di serata dunia dengan kemuculannya di Hollywood.

Beliau mula terkenal sekitar 2006 dengan penghasilan lagu-lagunya sendiri secara ‘underground’ dan seterusnya lagu beliau “Terukir di bintang” menjadi siulan ramai pada tahun 2o12 sehingga kini.

#2 TAN SRI MICHELLE YEOH

Tan Sri Michelle Yeoh, bukan nama asing dalam industri perfileman Hollywood, malah antara nama-nama besar yang sering muncul di layar perak sejak pembabitannya pada tahun 1984.

Terbaru, Tan Sri Michelle muncul dalam filem box office Hollywood, Crazy Rich Asians dan memegang watak sebagai Eleanor Sung-Young, ibu kepada watak utama, Henry Golding yang juga rakyat Malaysia!

#3 ZEE AVI

Izyan Alirahman atau lebih dikenali sebagai Zee Avi, dikenali di Hollywood dahulu sebelum di tanah airnya sendiri.

Associated Press (AP) telah menamakan album Zee Avi satu daripada album Top 10 pada tahun 2009 bersama-sama dengannya adalah album daripada nama-nama besar seperti Mariah Carey, Jay Z, Norah Jones dan Black Eyed Peas!

Jika anda rasa yang kami senaraikan ini tidak mencukupi, jom kongsikan dengan kami siapa lagi yang patut kami masukkan dalam senarai ini!

Continue Reading

Tular

Copyright © 2018 Malaysia Boleh