Connect with us

Uncategorized

Ketagih Permainan Video? Awas, Kajian Sahkan Sebagai Penyakit Mental Serius

Nasihatkanlah kalau ada kenalan yang kaki game tu…

Published

on

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan ketagihan permainan video yang melampau sebagai gangguan kesihatan mental.

Malahan pertubuhan itu juga menganggap ketagihan terhadap permainan video adalah situasi kesihatan yang serius dan memerlukan pemantauan rapi.

“Permainan video yang keterlaluan telah disenaraikan sebagai masalah ketagihan,” demikian menurut WHO.

Klasifikasi ini bermakna, pakar kesihatan akan lebih peka dengan situasi ini supaya golongan terbabit akan mendapat bantuan sebaik mungkin, demikian kata Vladimir Poznyak, ahli Jabatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan WHO kepada CNN.

“Ia situasi klinikal dan ia hanya boleh disahkan pakar terlatih,” katanya.

Penghasilan ICD-11 dijangka mampu merekod data berkaitan keselamatan dalam penjagaan kesihatan termasuk situasi di tempat kerja dapat dikenal pasti dan dikurangkan.

ICD-11 akan diperkenalkan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Mei 2019.

“ICS adalah fasa baharu untuk mengumpul maklumat kesihatan kerana ia mampu memberi maklumat terkini berkaitan penyakit,” kata Lubna Alansari, Penolong Pengarah Kesihatan (Metrik dan Ukuran Kesihatan) WHO.

ICD juga dilihat sebagai alat untuk mengesan trend dan statistik kesihatan di seluruh dunia di mana ia dilengkapkan dengan kira-kira 55,000 kod unik untuk kecederaan, penyakit dan punca kematian.

Ia turut menyediakan bahasa sejagat yang membolehkan pakar kesihatan berkongsi maklumat di seluruh dunia.

Sumber : India Today

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: