Connect with us

Uncategorized

‘Lain kali dah tahu orang tua, tak payah kau bawa naik bas’ – layanan teruk pemandu bas

“Baru sahaja ibu saya yang tua dan uzur tu naik, driver tersebut terus jalan mendadak dan menyebabkan ibu saya jatuh tersungkur di lantai bus.”

Published

on

Seorang penumpang mendakwa, dia dan ibunya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dilayan dengan teruk oleh pemandu bas.
Mikhail Adam, memuat naik statusnya itu pada jam 5.37 petang di Facebooknya berkata, pemandu terbabit turut menengking dia dan ibunya sehingga berlakunya pertelingkahan di antara kedua-dua pihak.
“Ceritanya begini, saya daripada TBS dengan ibu saya yang berstatus OKU. Sebelum bas tersebut bergerak daripada TBS ke Johor, saya telah standby di dalam bas dan saya telah meminta izin dengan pemandu bas tersebut untuk turun pergi ke bilik air.
“Bas ketika itu belum bergerak dan ibu saya nak ke bilik air. Tujuan minta izin sebab tidak mahu ditinggalkan bas.
“Tetapi pemandu bas tersebut menjawab dengan cara yang tidak ada adat sopan serta memeranjatkan saya. Beliau terus menengking saya dengan nada yang kuat sehingga para penumpang lain boleh dengar dengan perkataan:
“Kau nak bawak mak kau ke bilik air, suka hati kau. Lambat, aku tinggal. Aku nak cepat, lain kali dah tahu orang tua, tak payah kau bawak naik bas menyusahkan orang.” – kata pemandu bas terbabit seperti yang diceritakan oleh Mikhail.
“Saya pun menjawab dan terjadi pertelingkahan mulut. Seterusnya bila saya ke bilik air dan naik bas itu semula, baru sahaja ibu saya yang tua dan uzur itu naik, pemandu tersebut terus bergerak secara mendadak menyebabkan ibu saya jatuh tersungkur di lantai bas,” katanya.
Mikhail yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu mendesak pihak pengusaha dan pihak Kementerian Pengangkutan Jalan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: