Connect with us

Uncategorized

Nafi ada kilang di Vietnam, Siti Khadijah lancar Telekung Bertatah Swarovski

Siapa yang tuduh Telekung Siti Khadijah ni dibuat dari Vietnam sebelum ni, baik mohon maaf cepat-cepat sebelum Raya ni…

Published

on

Telekung premium Siti Khadijah telah menjadi buah mulut ramai, berikutan isu produknya dikatakan berasal dari Vietnam.

Tetapi dalam sidang medianya yang pertama, CEO Kumpulan Siti Khadijah Saha bin Sahad menjelaskan mereka hanya mempunyai satu kilang sahaja di Bangi, dan meegaskan produk yang dikatakan dari Vietnam tersebut adalah produk ciplak.

Untuk mengelak kekeliruan pengguna, Saha menegaskan bahawa telekung jenama Siti Khadijah yang asli hanya dijual di lebih 29 butik Siti Khadijah di seluruh negara, di laman web rasmi rasmi  www.sitikhadijah.com,  tiga sosial media rasmi Siti Khadijah; Facebook, Instagram dan Twitter dan saluran marketplace sah iaitu Lazada, Shopee, FashionValet dan Astro Go Shop.

“Kami tidak pernah melantik mana-mana ejen jualan dalam talian mahupun individu dan tidak pernah mempunyai kilang di Vietnam,” tambah Saha lagi.

Walau bagaimanapun, buat peminat telekung jenama popular Siti Khadijah, anda jangan ketinggalan untuk mendapatkan koleksi edisi terhad telekung tatahan Swarovski yang dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur.

Koleksi terhad telekung ‘Crystal Swarovski Limited Edition (CLSE) diilhamkan hasil kolaborasi sulung bersama jenama antarabangsa Swarovski.

Didatangkan dengan dua rona warna pilihan iaitu teal garden dan burgundy, telekung ini dihias rapi dengan tatahan Swarovski 100 peratus asli berbentuk bunga di bahagian hadapan telekung agar tampil minimalis dan tidak terlalu menonjol.

Terdapat empat batu bunga dan 30 batu kecil yang terdapat pada koleksi edisi terhad telekung CLSE.

Fabrik cotton-feel polyester tidak hanya nyaman dipakai, malah ia juga tidak jarang, tidak tebal dan tidak terbang ketika sujud, antara isu biasa yang dialami Muslimah ketika mengerjakan solat.

Menurut Pengasasnya, Padzilah Enda Sulaiman yang ditemui di majlis pelancaran, koleksi terbaharunya itu tampil minimalis namun mementingkan kualiti dan keselesaan buat pelanggannya.

“Saya tidak mahu koleksi ini kelihatan riak sehingga menimbulkan fitnah. Jadi kita tampilkan rekaan yang tidak keterlaluan buat pelanggan untuk tampil selesa dan eksklusif,” katanya.

Demi menjamin keselesaan maksima, telekung edisi terhad ini ditawarkan dalam tiga pilihan saiz klasik pada bahagian wajah iaitu S (58cm), M (60cm) dan L (62cm).

Manakala labuh hadapan telekung ini adalah 117cm, labuh belakang 122cm dan labuh lining 65cm dan ukuran kain, labuh 135cm dan lebar 80cm.

Datang dengan kotak eksklusif, telekung CLSE ini amat sesuai dijadikan cenderahati buat VIP, didedikasikan sebagai penghargaan buat diri sendiri mahupun  diberikansebagai cenderahati buat insan tersayang.

Telekung CLSE ini kini boleh didapati di butik Siti Khadijah terpilih dan secara atas talian di www.sitikhadijah.com bermula 8 Jun 2018 dengan harga pasaran RM399 sepasang.

Sumber: SitiKhadijah.com, Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: