Connect with us

Uncategorized

Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal

Kesian tengok Orang Utan lawan jentolak sebab nak selamatkan rumahnya.

Published

on

KALIMANTAN: Jika anda pernah menonton babak di dalam filem mengenai haiwan yang bersatu melawan manusia yang cuba menghancurkan tempat tinggal mereka atas nama pembangunan, anda mungkin beranggapan ia hanyalah sebuah kisah rekaan.

Namun, sebuah video mengenai seekor Orang Utan yang bangkit melawan sebuah jentolak di Kalimantan Barat yang mula tular di media sosial sejak semalam ternyata mengejutkan dan menyedihkan pada masa yang sama.

Video berdurasi kira-kira satu minit itu menunjukkan aksi seekor Orang Utan bergayut pada pokok yang telah tumbang dan kemudian mendekati sebuah jentolak bagi menghalang habitatnya dari terus dihapuskan.

Shocking Footage Shows An Orangutan Seeking Refuge From Bulldozer

WORLD ENVIRONMENT DAYThis dramatic footage shows the devastating impact deforestation is having on precious orangutan habitat. This desperate orangutan is frantically seeking refuge from the destructive power of the bulldozer; a machine that has already decimated everything else around him. Despite all the obstacles thrown at them, our team were able to rescue this orangutan and bring him to safety. Unfortunately, scenes like this are becoming more and more frequent in Indonesia. Deforestation has caused the orangutan population to plummet; habitats are destroyed and orangutans are left to starve and die.We need to ACT NOW. This World Environment Day, plant a tree and help us rebuild and protect precious orangutan habitat. The situation is critical, and we are running out of time. PLANT A TREE TODAY: https://internationalanimalrescue.org/plant-tree?utm_source=Facebook&utm_medium=social&utm_campaign=World_Environment_Day_2018&utm_content=videoPlease share this post far and wide. Thank you.

Posted by International Animal Rescue on Tuesday, June 5, 2018

Orang Utan berkenaan dilihat terjatuh daripada pokok namun kembali bangkit ketika beberapa pegawai dari International Animal Rescue (IAR) cuba menyelamatkannya.

Pengurus komunikasi IAR Elisabeth Kay bagaimanapun menjelaskan, video berkenaan telah dirakam beberapa tahun lalu ketika mereka sedang melakukan operasi menyelamatkan Orang Utan.

“Video ini sebenarnya dirakam pada tahun 2013 di Kalimantan Barat. Ketika itu, unit Perlindungan Orang Utan dari IAR sedang melakukan kerja memindahkan Orang Utan ke kawasan yang lebih selamat” katanya dipetik portal DW.Com.

Tambahnya, adegan yang dirakam dalam video ini situasi yang semakin menjadi kebiasaan di Indonesia.

Beliau juga menjelaskan penebangan hutan di negara itu telah mengurangkan populasi Orang Utan secara drasktik yang mati kelaparan lantaran kehilangan  tempat tinggal. – Astro Awani

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: