Connect with us

Uncategorized

Nafi muatnaik artikel hina Agong, aktivis Hishammuddin Rais beri keterangan polis

Published

on

Zaid Malek, peguam yang mewakili Hishamuddin berkata, mereka sudah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya,  Selangor, petang semalam, mendakwa blognya digodam sebelum menulis dan memuatnaik artikel berbaur hinaan itu.

“Susulan itu, polis memanggil Hishamuddin untuk memberi keterangan. Kami hadir di Balai Polis Petaling malam ini bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan dilakukan.

“Proses mengambil keterangan mengambil masa kira-sejam setengah dan selesai jam 12 tengah malam,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Terdahulu, dalam satu kenyataan kepada media, Zaid dikatakan menemani Hishamuddin ke balai polis Sri Petaling kira-kira 10.30 malam tadi.

Hishamuddin melalui blognya www.tukartiub.blogspot.com dilaporkan melemparkan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan melampau terhadap Seri Paduka Baginda termasuk mendakwa Agong terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Malah tulisan blog itu sempat tular di laman sosial, bagaimanapun tinjauan di laman blog berkenaan mendapati kenyataan itu sudah dipadamkan.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Uncategorized

Tidak akan memperkecilkan pihak lawan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Published

on

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: