Connect with us

Uncategorized

Amil zakat palsu di Kedah dalam pemantauan Lembaga Zakat negeri

Published

on

KULIM: Aktiviti amil palsu mengutip zakat fitrah  di Kedah akan terus dipantau Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Zakaria Othman berkata walaupun pihaknya masih tidak menerima sebarang aduan berkaitan amil palsu atau pengutip zakat tidak berdaftar namun pemantauan akan terus dilakukan.

Menurutnya, aktiviti ini dijangka akan berlaku pada tiga hari terakhir Ramadan apabila ramai yang pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.

 

“Ini kerana pada hari berkenaan banyak perantau balik kampung, dan kebiasaannya mereka akan membayar  zakat di kampung dan tidak mengenali amil yang dilantik.

“Saya harap orang ramai lebih berhati-hati dan membuat bayaran zakat kepada wakil yang dilantik,” menurutnya lagi.

Sebanyak tujuh tangkapan kes amil palsu dibuat tahun lepas, dan amaran keras telah diberikan agar  tiada pengulangan semula aktiviti tersebut.

“Kita tak pasti ke mana wang yang dikutip amil palsu itu akan salurkan, mungkin untuk pertubuhan mereka, ini tidak boleh berlaku, kerana ia sepatutnya perlu dapatkan kebenaran.

“Kita juga telah lantik 3,200 amil di kawasan-kawasan tumpuan seperti pasar raya besar dan masjid di setiap daerah bagi memudahkan orang ramai membayar zakat,” katanya.

Tambahnya, LZNK menyasarkan kutipan sebanyak RM12 juta zakat fitrah pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya berjaya mengutip RM9.4 juta.

“Kita yakin dengan memperkenalkan tiga nilai bayaran zakat yang bergantung kepada jenis beras yang di makan iaitu RM7, RM14 dan RM21 dan setakat ini ramai yang bayar pada kadar RM14,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

Uncategorized

Polisi Bumiputera – Hapus atau kekal?

Published

on

Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh

Continue Reading

Uncategorized

Viral: Udang Galah RM1 Seekor Di Ampang

Peminat udang galah boleh serbu kedai brader ni. Semoga murah rezeki.

Published

on

By

Kalau ikutkan tidak ramai berpeluang untuk menikmati udang galah sepit biru berikutan harganya yang agak mahal mencecah antara RM30 hingga RM70 sekilogram di pasaran.

Bagaimanapun, peniaga, Hairazul Zainul, 35 tahun, menjual harga udang galah serendah RM1 berhampiran Jalan Utama Ampang, Ampang, Selangor.

Harga udang galah yang dijual oleh Hairazul adalah mengikut saiz bermula RM1 hingga RM2 seekor dan gerainya dibuka bermula jam 9 pagi setiap hari.

Menurut Hairazul, dia mula berniaga sebagai penjaja kecil sejak sepuluh tahun lalu demi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya.

Menurut sumber, gerai milik Hairazul terletak berhadapan Balai Bomba Jelatek. Semoga perniagaan Hairazul terus berkembang maju.

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: