Connect with us

Selepas Tiga Kali Gugur, Isteri Black Hamil Lagi

Published

on

SELEPAS mengalami tiga kali keguguran, isteri kepada penyanyi, Black Hanifah iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih mesra disapa sebagai Cira kini kembali hamil.

Memetik laporan BH Online, Black berkata kehamilan Cira tentunya dianggap rezeki yang mengubat kedukaan lalu dan dia memilih untuk berkongsi berita gembira itu selepas mendapat pengesahan doktor.

“Saya berkongsi berita ini kerana ramai juga yang bertanyakan mengenai kehamilan itu. Bukan apa, lebih baik tunggu sehingga kandungan sudah sihat, baru saya berani berkongsi dengan orang ramai.

“Saya memohon kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isteri kerana sudah tiga kali saya bersedih apabila Cira alami keguguran. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan.

“Perkongsian ini dibuat selepas kami berjumpa doktor, baru-baru ini. Begitupun, jantina anak belum dapat dipastikan. Alhamdulillah, apa yang penting isteri dan kandungan sihat,” kata Black.

Bercerita mengenai pengalaman isterinya sepanjang trimester pertama kehamilan, penyanyi itu memberitahu ia tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman ketika Cira mengandungkan anak pertama mereka.

“Pada awal kehamilan, Cira sukar untuk bangun dan lebih selesa berada di rumah. Malah, dia juga tidak mempunyai selera makan,” tambah Black.

Ujarnya lagi, bagi menjaga kandungan, Cira banyak meminta pendapat serta nasihat daripada doktor pakar sakit puan iaitu Prof Norehan daripada Hospital Kuala Lumpur.

Black dan Cira mendirikan rumah tangga pada September 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

covid-19

RayaCovid19: Ingkar PKPB? Belum tentu anda terlepas.

Published

on

Lebuhraya-lebuhraya utama telah pun sesak dengan kebanjiran kenderaan yang berpusu-pusu mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman sejak 2-3 hari yang lalu.

Walaupun para Menteri berulang kali menegaskan kebenaran merentas negeri hanya tertakluk kepada kes-kes kecemasan dan perlu mendapatkan kebenaran pihak berwajib, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk mengingkari arahan yang dikeluarkan ini.

Beribu kenderaan cuba untuk melepas sekatan jalan raya di kawasan Nilai. Kredit foto: Berita Harian.

Ada juga di antara mereka yang dengan bangga menayangkan di laman sosial masing-masing, kehebatan mereka menggunakan kabel untuk merentas negeri. Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan netizen yang begitu bangga mempamerkan ‘kuasa’ untuk melepasi sekatan yang telah ditetapkan.

Rata-rata netizen berang dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kredit foto: Meh Baca

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan pihak Polis untuk tidak lagi membenarkan rakyat merentas negeri sepanjang PKPB dijalankan. Kompaun akan dikenakan serta merta dan mereka akan diarahkan untuk berpatah balik ke tempat asal.

Ini bertujuan mengelakkan mereka yang berasal daripada zon merah menyebarkan virus Covid-19 ke kawasan yang hijau. Pihak polis juga akan mengadakan lawatan mengejut ke rumah yang disyaki mempunyai mereka yang ingkar pada perintah ini.

Dimanakah letaknya sensitiviti rakyat dalam mematuhi larangan merentas negeri? Adakah mereka lebih mementingkan kemeriahan sambutan hari raya berbanding keselamatan ibu ayah dan kaum keluarga di kampung halaman? Seberapa pastikah anda bukanlah pembawa virus secara senyap?

#BerayaDenganSelamat #KitaJagaKita

Continue Reading

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: