Connect with us

“Saya Faham Perasaan Syafiq” – Shukri Yahaya

Published

on

JIKA anda masih ingat, pelakon Shukri Yahaya juga pernah mengalami nasib buruk yang hampir sama dengan apa yang menimpa hero drama Bila Hati Berbicara iaitu Syafiq Kyle.

Dakwaan kononnya dia menggoda seorang wanita melalui aplikasi di laman sosial sebelum ini sedikit sebanyak menyebabkan pelbagai tuduhan tidak benar membelenggu dirinya.

Menafikan perkara seperti itu berlaku, kata Shukri, dia mengakui masih terkesan dengan insiden terbabit malah mengambil masa yang lama untuk memadam episod hitam itu biarpun sudah setahun berlalu.

Menurutnya, sejarah hitam itu banyak mematangkan diri dan membuatkan dia lebih berhati-hati supaya tidak berulang kembali. Malah, dia juga memahami perasaan Syafiq terkait dalam kontroversi isu rakaman video lucah yang menjadi tular di media sosial, minggu lalu.

“Saya banyak habiskan masa dengan bekerja untuk melupakan insiden itu. Sejak itu, saya jadi semakin berhati-hati supaya tidak lagi terkait dengan isu yang aibkan diri dan nama baik keluarga.

“Apabila perkara yang sama berlaku kepada artis lain, saya turut merasainya. Sama seperti Syafiq, saya juga berdepan kontroversi itu pada bulan mulia. Sedikit-sebanyak saya memahami perasaannya dan berharap dia tabah mengharungi dugaan itu,”katanya dipetik BH Online.

Bimbang insiden yang sama berulang, Shukri berkata selepas insiden itu dia juga berdepan cabaran untuk memulihkan kembali kepercayaan isterinya iaitu Tya Adnan.

“Saya ambil masa yang lama untuk meyakinkan isteri supaya mempercayai saya. Sepanjang tempoh itu, saya banyak berdiam diri dan bermuhasabah. Jika boleh dipadamkan, sudah lama saya melakukannya. Saya tidak mahu orang ramai mengingatinya lagi.

“Ketika itu, saya sangat tertekan apabila ramai yang bertanya. Saya keberatan menghadiri majlis hiburan dan acara tertentu kerana bimbang perkara itu diungkit. Nama saya terjejas, namun Alhamdulillah saya mendapat banyak sokongan untuk kembali bangkit,” ujarnya lagi.

Imbas kembali, Shukri pernah terpalit dalam kontroversi mengaitkan namanya dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya sering diganggu dengan mesej tidak senonoh dikirim oleh aktor itu menerusi aplikasi WeChat.

Dakwa wanita itu lagi, Shukri juga pernah memintanya menghantar gambar aset peribadi selain berhubung melalui panggilan video.

Pun begitu, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaimu ini menafikan semua dakwaan tersebut dan mengatakan wanita berkenaan sengaja ingin mencari publisiti murahan.

 

Uncategorized

Beraya dengan Selamat! Selamat Hari Raya!

Published

on

Malaysia Boleh Raya

KEMBALIKAN SEMANGAT MALAYSIA BOLEH RAYA INI

Posted by Malaysia Boleh on Friday, May 22, 2020

Continue Reading

covid-19

RayaCovid19: Ingkar PKPB? Belum tentu anda terlepas.

Published

on

Lebuhraya-lebuhraya utama telah pun sesak dengan kebanjiran kenderaan yang berpusu-pusu mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman sejak 2-3 hari yang lalu.

Walaupun para Menteri berulang kali menegaskan kebenaran merentas negeri hanya tertakluk kepada kes-kes kecemasan dan perlu mendapatkan kebenaran pihak berwajib, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk mengingkari arahan yang dikeluarkan ini.

Beribu kenderaan cuba untuk melepas sekatan jalan raya di kawasan Nilai. Kredit foto: Berita Harian.

Ada juga di antara mereka yang dengan bangga menayangkan di laman sosial masing-masing, kehebatan mereka menggunakan kabel untuk merentas negeri. Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan netizen yang begitu bangga mempamerkan ‘kuasa’ untuk melepasi sekatan yang telah ditetapkan.

Rata-rata netizen berang dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kredit foto: Meh Baca

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan pihak Polis untuk tidak lagi membenarkan rakyat merentas negeri sepanjang PKPB dijalankan. Kompaun akan dikenakan serta merta dan mereka akan diarahkan untuk berpatah balik ke tempat asal.

Ini bertujuan mengelakkan mereka yang berasal daripada zon merah menyebarkan virus Covid-19 ke kawasan yang hijau. Pihak polis juga akan mengadakan lawatan mengejut ke rumah yang disyaki mempunyai mereka yang ingkar pada perintah ini.

Dimanakah letaknya sensitiviti rakyat dalam mematuhi larangan merentas negeri? Adakah mereka lebih mementingkan kemeriahan sambutan hari raya berbanding keselamatan ibu ayah dan kaum keluarga di kampung halaman? Seberapa pastikah anda bukanlah pembawa virus secara senyap?

#BerayaDenganSelamat #KitaJagaKita

Continue Reading

covid-19

Covid-19: Berhentilah bermain politik, kebajikan rakyat perlu didahulukan

Published

on

“Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.”

Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal ketiga Parlimen Ke-14
Yang di-Pertuan Agong semasa bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14.
Kredit Foto: Astro Awani

Titah Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menunjukkan kepentingan rakyat sepatutnya menjadi asas terpenting dalam memastikan kestabilan negara terus kekal dalam usaha melawan musuh yang tidak kelihatan ini.

Ahli parlimen khususnya perlu bertindak dengan rasional kerana mereka telah dilantik oleh rakyat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerakusan ahli politik dalam mengejar cita-cita politik mereka boleh meruntuhkan kembali institusi pentadbiran yang semakin pulih ini.

Kebajikan rakyat perlu menjadi agenda utama arena politik. Tidak mengira pegangan politik mahupun latar belakang. Segala usaha untuk membantu rakyat untuk kembali berdiri diatas kaki sendiri perlu giat dijalankan dan ianya tidak tertumpu pada usaha pihak kerajaan semata-mata. Usaha-usaha ini tidak patut dilecehkan malah ianya perlu disambut baik oleh semua.

Kesan jangka panjang Covid-19 terhadap sektor ekonomi dan pelancongan memberikan impak yang cukup besar kepada pendapatan sebahagian besar daripada kita termasuklah pendapatan negara umumnya. Anak-anak muda adalah golongan paling terkesan akibat kemuculan wabak ini. Mereka tidak hanya kehilangan mata pencarian malah mereka bakal berdepan kemelut ekonomi yang lebih sukar di masa akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, akibat penularan wabak Covid-19, jumlah pengangguran telah meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 17.1%. Kumpulan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 6.9 peratus diikuti dengan golongan berusia 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Intipati yang cukup jelas daripada YDPA apabila baginda turut menyatakan kerisauan tentang landskap politik negara yang kian goyah sejak akhir-akhir ini. Perbalahan, permusuhan malah perselisihan antara figura politik tanah air mampu memecah belahkan rakyat yang ketika ini dalam kesusahan.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang patut dilakukan pihak pemerintah bagi membendung masalah pengangguran daripada terus berlarutan? Adakah ahli politik di Malaysia cukup matang untuk membincangkan soal kebajikan rakyat melebihi agenda politik mereka sendiri?

Continue Reading

Trending

%d bloggers like this: